Thursday, August 11, 2011

Maklum Balas Daripada Pihak SKMM Mengenai “MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA”

Tuan/Puan,
ADUAN TERHADAP BLOG “MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA” YANG MENGHINA ISLAM DAN NABI MUHAMMAD

Dengan hormatnya merujuk kepada aduan tuan/puan berhubung perkara di atas.

2. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (”SKMM”) telah menerima pelbagai aduan mengenai Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara yang telah menggunakan laman blog WordPress untuk menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dan mendapati kandungan dilaman-laman sosial tersebut adalah bercanggah dengan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

3. Sehubungan dengan itu, pihak SKMM telah mengarahkan pihak pemberi perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia untuk menyekat akses kepada laman-laman blog berikut dari dilayari oleh pengguna Internet di Malaysia:

3.1. http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com
3.2. http://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/
3.3. http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com/
3.4. http://makcikhajjahsittalwuzara1001.wordpress.com/

4. Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan pihak tuan/puan, sekatan yang dilakukan oleh pihak SKMM dengan kerjasama ISP tidak merangkumi capaian Internet bagi mana-mana pejabat atau syarikat yang memilih untuk menggunakan fasiliti akses Internet sendiri.

5. Sementara itu, pihak SKMM ingin menasihati pihak tuan/puan untuk tidak memanjangkan kandungan, sama ada gambar mahupun kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh individu terbabit kepada orang lain atau di laman web dan rangkaian sosial anda kerana tindakan sedemikian akan memberi ruang kepada suspek untuk menyebarkan dahyah pesong dan negatifnya. Oleh itu, pihak SKMM meminta agar tuan/puan bertenang dan tidak memberi sebarang maklumbalas terhadap penulisan beliau kerana sememangnya suspek sengaja ingin mencetuskan ketegangan dikalangan umat Islam di negara ini.

6. Pihak SKMM ingin mengucapkan terima kasih di atas aduan pihak tuan/puan serta keprihatinan anda dalam memastikan ruang Internet ini bebas dari kandungan negatif.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

Biro Aduan Pengguna SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

63000 Cyberjaya, Selangor

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...