Wednesday, August 3, 2011

Bin Laden Group bina menara tertinggi Dunia Arab Saudi

user posted image

RIYADH, 3 Ogos: Bangunan tertinggi di dunia akan dibangunkan di bumi Arab Saudi — struktur bangunan bercampur-campur di bandar pelabuhan Laut Merah Jeddah.

Bilionair Arab Saudi Putera Alwaleed Talal menandatangani kontrak AS$1.23 bilion (RM3.6 bilion) dengan syarikat pembinaan Bin Laden Group. Ia akan siap dibina dalam lima tahun.

Menara itu akan menjadi nadi di projek pembangunan Kingdom City yang akan dibina di luar Jeddah oleh Kingdom Holding, milik Putera Alwaleed.

“Membina menara ini di Jeddah menghantar mesej kewangan dan ekonomi yang tidak wajar diketepikan,” kata Putera Alwaleed kepada pemberita semalam.

“Ia mempunyai (mesej) politik yang mendalam, untuk memberitahu kepada dunia bahawa kami rakyat Saudi membuat pelaburan di dalam negara di sebalik apa yang berlaku di sekeliling kami, daripada pelbagai kejadian, pergolakan dan malah revolusi,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...