Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Rumah Wardina Safiyyah dirompak, rugi RM20,000

Kuala Lumpur: Personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah, 33, kerugian kira-kira RM20,000 selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa di sini dirompak oleh tiga lelaki yang memakai tudung.

Perompak berkenaan dipercayai warga Indonesia berdasarkan kepada percakapan mereka.
Ketika kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu, suami Wardina, Ikhwan Johari, 36, dipukul di kepala dan kaki menggunakan pemutar skru serta batang kayu sebelum diikat menggunakan wayar selama 45 minit.

Tuesday, January 10, 2012

Padah Melukis Tatoo Pada Zakar



Takde kerja cari kerja! Mungkin itulah istilah paling tepat yang boleh penulis berikan pada seorang pemuda Iran berusia 21 tahun ini.

Dek kerana terlalu menyintai gadis pilihannya, dia bertindak melukis tatoo huruf ‘M’, pangkal nama awekknya itu di kepala zakarnya sendiri, pergh!

Tak cukup dengan itu, dia juga melukis tatoo dalam bahasa Parsi iaitu “borow be salaamat” atau bahasa Melayunya, selamat dalam pengembaraanmu, di zakar tersebut.

Yang menjadi masalahnya, tindakan itu menyebabkan zakarnya cedera hingga menyebabkan ia menegang dan tidak TURUN-TURUN!

Kisah ‘sedih’ pemuda berkenaan kini menjadi perhatian di seluruh dunia kerana ia dilaporkan dalam The Journal Of Sexual Medicine yang terkenal itu.
Menurut pakar perubatan, masalah itu terjadi kerana berlaku pendarahan dalam tisu zakar tersebut sewaktu proses tatoo itu dilakukan.

Penulis difahamkan yang pemuda berkenaan ada menjalani pembedahan bagi ‘membetulkan’ masalah itu namun ianya gagal – hanya turun separuh!

Gambar di atas adalah gambar zakar pemuda berkenaan, maaf, kami terpaksa ‘crop’ bahagian tertentu, kang tak pasal-pasal jadi gambar lucah pulak.

Ini untuk membuktikan bahawa kes itu benar-benar wujud dan untuk memberi pengajaran pada kita semua agar….JANGAN BUAT PERKARA TAK TENTU PASAL KAT ‘BENDA’ TU!

Saturday, December 3, 2011

Lelaki Mati Kerana Menonton Filem Lucah



Seorang lelaki muda yang mengalami masalah jantung meninggal dunia ketika menonton sebuah filem lucah di Britain.
Lelaki berkenaan, Chris Nicholls, 23, terjatuh dengan tiba-tiba sebaik sahaja menonton filem lucah di bilik tidurnya.

Dia dilaporkan meninggal dunia akibat jantung terhenti beberapa minggu selepas menjalani pembedahan jantung terbuka.
Mayat Nicholls ditemui oleh ibunya, Clare di rumah keluarga di Redhill, Surrey.

Ketika siasatan inkues kematian Nicholls, ibunya menyoal pakar patologi,
Dr Mary Sheppard yang memeriksa selepas kematian lelaki itu sama ada serangan jantung boleh menyerang apabila menonton filem.
Nicholls dilahirkan dengan kecacatan kongenital jantung di mana ia tidak boleh diubati sepenuhnya.

Tuesday, November 22, 2011

Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000



KEJAYAAN mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan Sea di Indonesia malam kelmarin membolehkan skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee dikurniakan RM900,000.

Ganjaran hampir mencecah satu juta ringgit itu adalah kurniaan peribadi Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang jelas gembira dengan kejayaan barisan pemain negara menewaskan Indonesia dalam aksi final sekali gus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2009.


“Setiap pemain (20 orang) dan pegawai pasukan (10 orang) menerima RM30,000 menerusi sumbangan peribadi Tuanku Presiden yang turut bertemu pemain semalam (malam kelmarin),” kata pengurus skuad Sukan Sea negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, petang semalam.

Walaupun terpaksa menggunakan kereta perisai ‘barracuda’, barisan pemain negara dilapor mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Sultan Ahmad Shah di hotel penginapan Presiden FAM itu di Jakarta selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dengan kedudukan terikat 1-1 tamat masa tambahan.


Ganjaran awal terbabit dilihat sebagai pembakar semangat bagi pemain muda negara bertemu Syria dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 bertemu Syria malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil diikuti Bahrain pada Ahad.


Malah ganjaran lain turut menanti mereka dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan badan induk bola sepak negara itu masih mengkaji habuan buat skuad kendalian Kim Swee yang tidak tewas sepanjang saingan temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Selain itu, skuad Olimpik negara juga dijadual menjalani latihan di Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan bulan depan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab elit negara itu.

Wednesday, November 16, 2011

Ahli Genki 7 Akan Dipanggil Semula



IPOH – Seramai 33 pelajar tingkatan lima yang terlibat dalam rekrut ahli baru kumpulan Genki 7 Malaysia di sebuah resort dekat Teluk Batik, Lumut, Sabtu lalu, akan dipanggil semula untuk melengkapkan siasatan polis selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mereka adalah sebahagian dari 180 individu yang ditahan selepas menghadiri perhimpunan itu menerusi jemputan melalui laman sosial.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif sebenar perhimpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak didaftarkan itu selain tidak mempunyai permit polis.

“Mereka (pelajar) dibebaskan dengan budi bicara untuk beri peluang menduduki peperiksaan. Namun, polis akan mengesan mereka kembali bersama keluarga untuk teruskan siasatan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, tiga penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan akan dilaporkan ke ketua jabatan masing-masing untuk tindakan disiplin.

“Kumpulan berkenaan diketuai seorang lelaki berusia 40-an dan mereka pernah menganjurkan perhimpunan sama di Tapah pada Oktober lalu dan polis menahan 107 individu,” katanya.

Katanya, remaja turut diingatkan tidak terpedaya dengan jemputan dari laman sosial bagi mengelakkan mereka terlibat dalam perjumpaan yang menyalahi undang-undang.

Sementara itu, beliau berkata, polis mencari tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes bunuh warga Pakistan yang dipercayai dipukul di Pulau Pinang sebelum di humban dari jambatan di KM 8.9, Jalan Gerik, Kupang, Gerik, 17 Oktober lalu.

Mohd Shukri berkata, satu pasukan dibentuk dan berjaya menahan tiga warga tempatan dan dua warga asing berusia 30-an sekitar Kulim dan Sungai Petani, Kedah, minggu lalu.

“Mereka yang dicari bagi membantu siasatan ini ialah Nijali Pakker Mohammad@Zali yang mempunyai dua alamat terakhir iaitu di kuaters Hospital Baling dan Taman Cengal Jaya, Sungai Petani, kedah. Dia memegang kad pengenalan 751009-02-5851. Manakala Mohamad Sukri Shake Husin@Sukri@Zam, memegang kad pengenalan 830806-02-5657, alamat terakhir di Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah.

Buku Bertemu Ruas! Gangster Cina Dipukul Oleh Sekumpulan Rakyat Yang Tidak Puashati!


16/11/11-Kepong : Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Syarikat gores dan menang telah ditumpaskan kerana sewenang-wenangnya menipu pengguna. Oleh kerana berleluasanya aktiviti mereka, kebanyakan mangsa sudah puas bersabar. Kemungkinan mangsa adalah ‘ahli keluarga gangster’.

Agaknya inilah yang berlaku apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama aktivis Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) pergi ke tempat kejadian untuk berbincang dan membuat tuntutan pengguna yang ditipu `menyaksikan satu pergaduhan.

Diharapkan, selepas ini tiada lagi mangsa akan terpedaya dengan kumpulan mereka ini.




















Kepada pengguna semua, beringatlah sembelum nak masuk mana-mana pertandingan gore dan menang ni dan jauhilah dari Ah Long! Padan muka mereka yang kena belasah ni, jangan ingat korang je Gangster ok, ada lagi gangster yang lebih besar tapi tarak bising punya!

Tuesday, November 15, 2011

Remaja 15 Tahun Terlanjur 20 Kali



PETALING JAYA: Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.

Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.

Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.

“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.

“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.

Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.

“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.

“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.

Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Monday, November 14, 2011

Azwan Ali Dakwa Ummi Hafilda Bomohkan Ibu Sendiri!

Azwan Ali dakwa Ummi Hafilda bomohkan ibu sendiri!

KISAH Ummi Hafilda yang gemar mencetuskan kontroversi dalam dunia politik kali ini timbul lagi dengan kontroversi baru.

Kalau sebelum ini Ummi Hafilda heboh dikaitkan dengan dakwaan skandal seksnya bersama Beginda Minda, kali ini salah seorang adik beradiknya yang juga pengacara dan pelakon terkenal mendedahkan satu lagi kontroversi berkenaan dirinya.

Azwan Ali di laman mikroblogging Twitter mendedahkan bahawa Ummi Hafilda telah membomohkan ibunya sendiri. Difahamkan Ummi didakwa berbuat demikian supaya ibunya menjadi taksub kepadanya.



Apabila ditanya oleh salah seorang rakan di Twitter beliau, Azwan Ali memberikan "hint" dengan merujuk Ummi Hafilda sebagai "Betina Neraka"malah menyatakan bahawa Ummi Hafilda telah menyebabkan negara huru hara.



Azwan Ali turut mengesahkan lagi dakwaan itu apabila salah seorang rakan Twitter mengajukan soalan "UH (Ummi Hafilda) ke?"Azwan menjawab
"Betina Neraka satu dunia tahu"

Elak Lintah Masuk Kemaluan

HUSSAIN (tiga dari kiri) bersama pegawainya melawat pelajar SMK Penambang, Nor Fazira Ahmad Suhaimi yang menjalani peperiksaan SPM di HPRZ II akibat dijangkiti demam kepialu di Kota Bharu semalam.

 KOTA BHARU – Pelajar perempuan di negeri ini dinasihatkan supaya tidak 'ghairah' bermain dan mandi air banjir bagi mengelakkan berulangnya kes lintah memasuki alat sulit seperti yang dilaporkan tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, pada musim banjir tahun lalu, seramai 13 orang pelajar perempuan di negeri ini yang bermain dan mandi air banjir telah dimasuki lintah dalam alat sulit mangsa.

“Jadi saya ingin menasihatkan pelajar perempuan supaya tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian serupa berulang kerana ia boleh mengancam nyawa mereka akibat pendarahan dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.

Terdahulu beliau bersama pegawainya serta pegawai perhubungan awam HPRZ II, Zaid Ahmad meluangkan masa melawat tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpakasa mengambil peperiksaan di hospital akibat masalah kesihatan.

Wanita Dibogelkan Akibat Mencuri



Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.

Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.

Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.

Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.

Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.

Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.

Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis.

Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.

Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang.

Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.






Sunday, November 13, 2011

180 bakal gengster Melayu dicekup



LUMUT – Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.

Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.

“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.

“Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya.

Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak.

Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.

Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.

“Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.

Windows XP Tidak Akan Berkubur

Microsoft dengan bangganya melepaskan sistem operasi (OS) mereka yang paling berjaya, Windows XP. Pada hari ni Windows XP masih lagi popular dan masih ramai yang menggunakannya untuk kerja-kerja seharian. Kalau ikutkan statistik pelawat blog ni, 36% adalah pengguna Windows XP, nombor dua selepas Windows 7 dengan 50%.

Ternyata majoriti pengguna komputer di Malaysia hatta di seluruh dunia masih lagi mengekalkan XP sebagai OS utama mereka. XP diperkenalkan dalam 25 bahasa di seluruh dunia, penjualannya kurang memberangsangkan pada awal kemunculan.

Dalam masa tiga hari pertama selepas pelancaran, hanya 260,00 salinan telah dijual di Amerika Syarikat. Windows XP hanya berjaya bila vendor sistem mula menawarkan komputer dengan XP yang terpasang.

Sekarang ni saya pasti masih banyak syarikat-syarikat kat dalam negara amnya menggunakan XP. Sebab mereka tak boleh mengubah sistem dalam syarikat mereka dalam masa yang singkat. Kalau berlaku apa-apa dalam sistem mereka, mungkin kerugian besar yang akan ditanggung.

Ringkasnya, mereka takut sistem perniagaan dan perkhidmatan yang penting tidak akan berjalan lancar dengan Windows 7. Tapi mungkin perlahan-lahan mereka akan bertukar juga.

Rasanya 5 tahun lebih akan datang, XP masih kekal dalam komputer pengguna sebelum mereka beralih ke OS baru.

Jambatan Tenggelam Di Fort de Roovere

Semasa abad ke-17, satu benteng @ kubu telah dibina di kawasan West Brabant Water Line (Barat Belanda) untuk memberi perlindungan daripada pencerobohan daripada tentera Perancis dan Sepanyol. Fort de Roovere dikelilingi oleh parit berlumpur yang terlalu dalam untuk dilalui oleh tentera.

Baru-baru ini, Fort de Roovere telah dibuka kepada pelancong dan menariknya di situ adalah sebuah jambatan yang dibina bukan seperti jambatan biasa tetapi sedikit tenggelam ke dalam air. Projek ini telah dianugerahkan dengan anugerah BNA Building of the Year 2011 oleh Kesatuan Arkitek Belanda.












Wednesday, October 12, 2011

MAHARAJA LAWAK MEGA

KUALA LUMPUR, 11 OKT 2011: Kejayaan program Raja Lawak dan Maharaja Lawak yang lalu nyata telah berjaya berjaya mencipta fenomena tersendiri sekaligus berjaya mengangkat martabat bidang komedi dan lawak jenaka ke peringkat yang tersendiri.

Melihat kepada kejayaan ini, pihak Astro Warna bakal membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari pelawak yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara menerusi Maharaja Lawak Mega yang bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika bermula 28 Oktober 2011 pada setiap Jumaat, jam 10 malam.

Pengurus Pakej Mustika, Nizam Sani berkata, sebagai satu-satunya saluran komedi di Malaysia, pihak Astro Warna sentiasa meneroka ruang yang ada bagi memastikan setiap program yang ditampilkan mempunyai pengisian yang padat dan bermutu tinggi agar berbaloi dengan pakej yang telah dilanggan.

"Mengambil inisiatif yang julunmg kali diadakan ini, pihak Astro Warna dengan berbesar hati membawakan sebuah program realiti lawak terhebat yang menghimpunkan 17 peserta terhebat daripada 3 buah negara untuk beraksi di sebuah pentas yang berprestij.

"Lebih menarik, ada di antara mereka yang baru pertama ali bergabung sebagai sebuah kumpulan. Ini sememangnya adalah satu pengalaman yang boleg dianggap sebagai baru kepada penonton di saluran ini.

"Mencari yang terhebat di kalangan yang terbaik di rantau ini, kami amat percaya program Maharaja Lawak Mega ini bakal mendapat sambutan yang hangat dan paling ditunggu-tunggu . Program ini akan memaparkan pelbagai kelainan menerusi penyampaian serta corak persembahan yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta.

"Apa yang penting, pada penghujung program ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar otai segala otai," katanya.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega yang bakal dihoskan oleh pengacara AC Mizal ini bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon hebat komedi profesional terbaik di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Lebih hebat lagi, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.

Menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Raja LAwak dan Maharaja Lawak, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan pemarkahan juri tetap dan undian penonton.

Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Pun begitu, peserta yang telah melakukan persembahan yang hebat tetapi tersingkir masih berpeluang untuk kekal dalam persaingan Maharaja Lawak Mega dengan kuasa imuniti yang diperolehi daripada persetujuan ketiga-tiga juri. Cara-cara mengundi akan diumumkan dari masa ke semasa di saluran Astro Warna.

Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan Pimai yang dianggotao oleh Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud), Osbon (Mr Os dan Abon), kumpulan Lanun (Jegan, Elya dan Salma Al-Farisi),, BP- Bawal Power (Bob Kuman dan Sobrie), RAP (Azoz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot), manakala Adlin Aman Ranlie dan Jalil Hamid pula mengambil langkah berani untuk beraksi secara solo.

Para peserta turut diberi kebebasan untuk mewujudkan kolaborasi di antara 2 buah negara sepertik yang dilakukan oleh Ifa Raziah apabila bergabung dengan 2 pelawak dari Singapura untuk mewujudkan kumpulan yang dinamakan sebagai Syok.

Sementara, kumpulan komedi wanita dari Singapura iaitu Gebu yang dianggotai oleh Hani dan Azian pula pastinya akan menonjolkan keunikan yang tersendiri.

Dalam pada itu, Mahajara Lawak Mega juga mengalu-alukan penyertaan peserta dari Indonesia iaitu Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), Saehu (Eko, Bocil dan Vicha) serta Caer (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, anda boleh melayari laman sesawang rasmi kami di www.astro.com.my/maharajalawakmega atau laman Facebook di www.facebook.com/MaharajaLawak, juga dengan menekan butang merah R yang terdapat di alat kawalan jauh Astro.

Friday, October 7, 2011

Laporan Pembentangan Bajet 2012

Laporan Pembentangan Bajet 2012
  • Tema Bajet 2012 : (Belanjawan Transformasi) Membela Rakyat, Mensejahtera Negara
  • Jumlah bajet – RM232.8 bilion
  • Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion
  1. Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  2. Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  3. Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012. Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010
Antara Isi-si penting Pembentangan Bajet 2012
1) Peruntukan rancakkan pembangunan
  • Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.
2) Kereta hibrid
  • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.
3) RM1 bilion untuk sekolah
  • Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah
  • RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan
  • Manakala M100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara
  • Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan
4) Felda
  • Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012
  • Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global
5) Gaji penjawat awam
  • Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus
  • Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320
6) Persaraan
  • Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
7) Polis
  • RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.
Keluarga tentera
  • RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
9) Subsidi
  • Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
  • Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
  • Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
  • Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
10) Skim rumah pertama
  • Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
11) Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
  • Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
12) Subsidi rumah
  • Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.
  • Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.
13) Teksi persendirian
  • Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.
14) Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.
  • Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.
  • Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.
15) Perlindungan kepada gelandangan
  • Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
  • Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.
16) Simpanan persaraan – KWSP
  • Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
17) Pinjaman TEKUN
  • Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
18) Penjawat Awam
  • Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.
19) Meringankan Kos Sara Hidup
  • Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
  • Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.
  • Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
20) Rancangan Tebatan Banjir
  • Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.
  • Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.
  • Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
  • Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
Pandangan Anda Tentang Pembentangan Bajet 2012
  • Sangat Berpuas Hati
  • Berpuas hati
  • Tidak Berpuas Hati

Lelaki Edar Yogurt Dicemari Air Mani




ALBUQUERQUE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pekerja kedai runcit mengaku salah kerana memberikan sampel yogurt berisi air mani di sebuah pasar di bandar ini, negeri New Mexico pada Januari lalu.


Anthony Garcia (gambar) berdepan dakwaan mencemari makanan dengan air mani dan membuat pengakuan palsu sewaktu disoalsiasat oleh pihak polis.

Dia membuat pengakuan bersalah di sebuah mahkamah persekutuan AS kelmarin.

Menurut polis, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan selepas sampel asid deoksiribonukleik (DNA) miliknya menyamai DNA yang terdapat pada air mani itu.

Di bawah persetujuan bersama pihak pendakwa raya, Garcia berdepan hukuman penjara hingga tiga tahun, disusuli pengawasan polis selama tiga tahun selepas dia dibebaskan. - AP

Monday, October 3, 2011

Artis Maghribi Hias Tubuh Telanjang Dengan Ayat Al-Quran



Marrakesh: foto yang diberi nama “Quranic Inlay” mempamerkan ayat-ayat dari Al-Quran yang dituliskan pada tubuh bogel seorang artis Perancis-Maghribi menimbulkan kemarahan umat islam menjelang akhir minggu seni.

Karya hasil seni Lahlou Mehdi Georges (27 tahun) dijadual akan dipamerkan di pameran seni moden bermula 30 September hingga 3 Oktober, meskipun pengkarya tersebut tidak menyakitkan perasaan atau menghadirkan dirinya di bandar
Maghribi.
 
“Quranic Inlay” merupakan potret bogel di mana ayat-ayat Al-Quran ditulis pada seluruh badan termasuk kemaluan. Akhbar Maghribi dan para blogger menyatakan kemarahan terhadap potret tersebut dan isu kehadiran Lahlou di pameran seni moden yang bermula pada minggu depan.
“Potret tersebut mengejutkan umat Islam,” lapor salah seorang blogger di laman goud.ma.
Dalam laman webnya sendiri, Lahlou menyatakan, “dia sangat memahami beberapa imej boleh disalah fahami,” Dia tidak bermaksud untuk menyakiti keyakinan sesiapa pun, tambahnya lagi.

Dilahirkan oleh ibunya yang beragama Katholik dan ayahnya muslim, Lahlou menghasilkan potret yang hampir sama bertajuk “Bible Inlay” juga mendapat kecaman di Maghribi disebabkan mempamerkan penghinaan dan kesamarataan agama dan jantina.

Wednesday, September 28, 2011

Hajjah Sitt Al-Wuzara Bakal Dikenakan Tindakan




Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini semalam.

“Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam
perlindungan perjalanan antarabangsa’.

Bagaimanapun, Rais berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes
itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.

Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar.

Menteri itu berkata, beliau telah memaklumkan perkembangan kes itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka telah menzahirkan pandangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri. — BERNAMA

Monday, September 26, 2011

Wednesday, September 21, 2011

Kondom Dalam Beg Sekolah Anak




HULU SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.

Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.

“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...