Sunday, November 13, 2011

Windows XP Tidak Akan Berkubur

Microsoft dengan bangganya melepaskan sistem operasi (OS) mereka yang paling berjaya, Windows XP. Pada hari ni Windows XP masih lagi popular dan masih ramai yang menggunakannya untuk kerja-kerja seharian. Kalau ikutkan statistik pelawat blog ni, 36% adalah pengguna Windows XP, nombor dua selepas Windows 7 dengan 50%.

Ternyata majoriti pengguna komputer di Malaysia hatta di seluruh dunia masih lagi mengekalkan XP sebagai OS utama mereka. XP diperkenalkan dalam 25 bahasa di seluruh dunia, penjualannya kurang memberangsangkan pada awal kemunculan.

Dalam masa tiga hari pertama selepas pelancaran, hanya 260,00 salinan telah dijual di Amerika Syarikat. Windows XP hanya berjaya bila vendor sistem mula menawarkan komputer dengan XP yang terpasang.

Sekarang ni saya pasti masih banyak syarikat-syarikat kat dalam negara amnya menggunakan XP. Sebab mereka tak boleh mengubah sistem dalam syarikat mereka dalam masa yang singkat. Kalau berlaku apa-apa dalam sistem mereka, mungkin kerugian besar yang akan ditanggung.

Ringkasnya, mereka takut sistem perniagaan dan perkhidmatan yang penting tidak akan berjalan lancar dengan Windows 7. Tapi mungkin perlahan-lahan mereka akan bertukar juga.

Rasanya 5 tahun lebih akan datang, XP masih kekal dalam komputer pengguna sebelum mereka beralih ke OS baru.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...