COVINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru wanita berusia 41
tahun dituduh mengadakan hubungan seks dengan 11 orang pelajarnya, lapor
sebuah akhbar kelmarin.
Pihak pendakwa raya AS percaya guru berkenaan, Cindy Clifton akan
dikenakan lebih banyak dakwaan berhubung jenayah terhadap pelajar bawah
umur berbanding guru-guru lain di AS sejak sedekad lalu.
Dia kini berdepan 53 tuduhan yang membawa hukuman penjara lebih 60 tahun.
Polis berkata, Clifton menggunakan minuman keras untuk mengumpan
remaja-remaja terbabit sebelum dia melakukan hubungan seks dengan mereka
di kediamannya di sini, negeri Tennessee.
Clifton didakwa berasmara dengan 11 pelajar berlainan antara bulan April dan Julai tahun ini.
Menurut polis, kebanyakan pelajar terbabit merupakan rakan-rakan anak perempuannya.
Semua mangsa Clifton berusia antara 14 hingga 17 tahun dengan
sebahagian mereka ialah pelajar di sekolah Crestview tempat guru
berkenaan mengajar.
Polis di sini melancarkan satu siasatan pada Ogos lalu selepas
pengetua sekolah berkenaan membuat aduan berhubung perilaku tidak
bermoral membabitkan Clifton.
Selepas tiga bulan siasatan dilakukan, pihak berkuasa mengenakan 53 pertuduhan terhadap Clifton.
Peguamnya bagaimanapun menafikan semua tuduhan tersebut. Beliau
menyatakan Clifton ialah seorang isteri yang setia, guru yang
berdedikasi dan kerap menghadiri upacara keagamaan di gereja.
Clifton menangis apabila gambarnya dirakam semasa dalam tahanan polis.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$40,000 (RM126,100) tetapi
diperintahkan supaya hadir di mahkamah semalam untuk berdepan 53 dakwaan
terhadapnya termasuk jenayah rogol dan memberikan alkohol kepada remaja
bawah umur.
Pada minggu lalu, seorang guru wanita berusia 33 tahun di negeri
Ohio, Stacy Schuler dipenjara selama empat tahun selepas dia didapati
bersalah melakukan hubungan seks dengan lima pelajarnya.
Dia didapati bersalah atas 16 tuduhan jenayah seks selepas seorang
juri di Cincinnati menolak alasan tertuduh bahawa dia kurang siuman. -
Agensi
No comments:
Post a Comment