Wednesday, November 16, 2011

Ahli Genki 7 Akan Dipanggil Semula



IPOH – Seramai 33 pelajar tingkatan lima yang terlibat dalam rekrut ahli baru kumpulan Genki 7 Malaysia di sebuah resort dekat Teluk Batik, Lumut, Sabtu lalu, akan dipanggil semula untuk melengkapkan siasatan polis selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mereka adalah sebahagian dari 180 individu yang ditahan selepas menghadiri perhimpunan itu menerusi jemputan melalui laman sosial.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif sebenar perhimpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak didaftarkan itu selain tidak mempunyai permit polis.

“Mereka (pelajar) dibebaskan dengan budi bicara untuk beri peluang menduduki peperiksaan. Namun, polis akan mengesan mereka kembali bersama keluarga untuk teruskan siasatan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, tiga penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan akan dilaporkan ke ketua jabatan masing-masing untuk tindakan disiplin.

“Kumpulan berkenaan diketuai seorang lelaki berusia 40-an dan mereka pernah menganjurkan perhimpunan sama di Tapah pada Oktober lalu dan polis menahan 107 individu,” katanya.

Katanya, remaja turut diingatkan tidak terpedaya dengan jemputan dari laman sosial bagi mengelakkan mereka terlibat dalam perjumpaan yang menyalahi undang-undang.

Sementara itu, beliau berkata, polis mencari tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes bunuh warga Pakistan yang dipercayai dipukul di Pulau Pinang sebelum di humban dari jambatan di KM 8.9, Jalan Gerik, Kupang, Gerik, 17 Oktober lalu.

Mohd Shukri berkata, satu pasukan dibentuk dan berjaya menahan tiga warga tempatan dan dua warga asing berusia 30-an sekitar Kulim dan Sungai Petani, Kedah, minggu lalu.

“Mereka yang dicari bagi membantu siasatan ini ialah Nijali Pakker Mohammad@Zali yang mempunyai dua alamat terakhir iaitu di kuaters Hospital Baling dan Taman Cengal Jaya, Sungai Petani, kedah. Dia memegang kad pengenalan 751009-02-5851. Manakala Mohamad Sukri Shake Husin@Sukri@Zam, memegang kad pengenalan 830806-02-5657, alamat terakhir di Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...