Wednesday, October 12, 2011

MAHARAJA LAWAK MEGA

KUALA LUMPUR, 11 OKT 2011: Kejayaan program Raja Lawak dan Maharaja Lawak yang lalu nyata telah berjaya berjaya mencipta fenomena tersendiri sekaligus berjaya mengangkat martabat bidang komedi dan lawak jenaka ke peringkat yang tersendiri.

Melihat kepada kejayaan ini, pihak Astro Warna bakal membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari pelawak yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara menerusi Maharaja Lawak Mega yang bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika bermula 28 Oktober 2011 pada setiap Jumaat, jam 10 malam.

Pengurus Pakej Mustika, Nizam Sani berkata, sebagai satu-satunya saluran komedi di Malaysia, pihak Astro Warna sentiasa meneroka ruang yang ada bagi memastikan setiap program yang ditampilkan mempunyai pengisian yang padat dan bermutu tinggi agar berbaloi dengan pakej yang telah dilanggan.

"Mengambil inisiatif yang julunmg kali diadakan ini, pihak Astro Warna dengan berbesar hati membawakan sebuah program realiti lawak terhebat yang menghimpunkan 17 peserta terhebat daripada 3 buah negara untuk beraksi di sebuah pentas yang berprestij.

"Lebih menarik, ada di antara mereka yang baru pertama ali bergabung sebagai sebuah kumpulan. Ini sememangnya adalah satu pengalaman yang boleg dianggap sebagai baru kepada penonton di saluran ini.

"Mencari yang terhebat di kalangan yang terbaik di rantau ini, kami amat percaya program Maharaja Lawak Mega ini bakal mendapat sambutan yang hangat dan paling ditunggu-tunggu . Program ini akan memaparkan pelbagai kelainan menerusi penyampaian serta corak persembahan yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta.

"Apa yang penting, pada penghujung program ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar otai segala otai," katanya.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega yang bakal dihoskan oleh pengacara AC Mizal ini bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon hebat komedi profesional terbaik di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Lebih hebat lagi, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.

Menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Raja LAwak dan Maharaja Lawak, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan pemarkahan juri tetap dan undian penonton.

Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Pun begitu, peserta yang telah melakukan persembahan yang hebat tetapi tersingkir masih berpeluang untuk kekal dalam persaingan Maharaja Lawak Mega dengan kuasa imuniti yang diperolehi daripada persetujuan ketiga-tiga juri. Cara-cara mengundi akan diumumkan dari masa ke semasa di saluran Astro Warna.

Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan Pimai yang dianggotao oleh Sathiya, Imuda dan Mat Over), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Anje (Achong Sweet Child dan Joey Daud), Osbon (Mr Os dan Abon), kumpulan Lanun (Jegan, Elya dan Salma Al-Farisi),, BP- Bawal Power (Bob Kuman dan Sobrie), RAP (Azoz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot), manakala Adlin Aman Ranlie dan Jalil Hamid pula mengambil langkah berani untuk beraksi secara solo.

Para peserta turut diberi kebebasan untuk mewujudkan kolaborasi di antara 2 buah negara sepertik yang dilakukan oleh Ifa Raziah apabila bergabung dengan 2 pelawak dari Singapura untuk mewujudkan kumpulan yang dinamakan sebagai Syok.

Sementara, kumpulan komedi wanita dari Singapura iaitu Gebu yang dianggotai oleh Hani dan Azian pula pastinya akan menonjolkan keunikan yang tersendiri.

Dalam pada itu, Mahajara Lawak Mega juga mengalu-alukan penyertaan peserta dari Indonesia iaitu Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), Saehu (Eko, Bocil dan Vicha) serta Caer (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, anda boleh melayari laman sesawang rasmi kami di www.astro.com.my/maharajalawakmega atau laman Facebook di www.facebook.com/MaharajaLawak, juga dengan menekan butang merah R yang terdapat di alat kawalan jauh Astro.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...