Perihal Mandi Wajib
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah
disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di
tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya
dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak
boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk
mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan
bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya
yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan,
bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat
Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang
tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,mandi majibnya menjadi
tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu
meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib
tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.
Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas
beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak
boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya
mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib
seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi
wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah:
"Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat
itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia
telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya
tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia
mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat
sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi
wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu
menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais,
menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh
dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi
itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke
3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi
kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau
lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak
sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2
dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap
batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah
dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg
boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah
kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu
pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg
diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika
rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib
seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya
dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah
membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang
pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada
rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang
menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air
sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap
ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air
terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang
salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh
JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud
menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa
sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari
sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian
mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah
merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah
diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2
seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan,
sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan
perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar
air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan
sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama
ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri
yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas
bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak
mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu
adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat,
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada
manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].
No comments:
Post a Comment