Salam semua, korang pernah tengok anime Naruto tak?. Cerita tentang seorang remaja ninja yang ada kuasa musang ekor 9 tu. Takkan tak pernah tengok, menipu la. hahaha. Best la. Tak rugi kalau tak tengok lagipun setiap ending dalam episod Naruto tu selalu membuatkan aku tertanya-tanya ape yang berlaku seterusnya. Kan menarik tu?.
Tapi baru-baru ni, aku terdengar dari salah seorang melalui Facebook menyatakan bahawa anime Narutoni mempunyai Mesej & Unsur Illuminati. Wei, biar betul? Biasalah orang kita ni, cakap je pasal isu illuminati dan agenda yahudi mesti ade yang cepat melatah. Terus nak sebarkannya, tapi hakikatnya benda tu hanyalah konspirasi dan rekaan semata-mata tanpa menyelidik dahulu kebenarannya. Di sini aku nak berkongsi satu nota dari Facebook yang menyatakan tentang unsur illuminati Dalam Anime Naruto.
Mesej & Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto
Kenalkah kamu seseorang yang bernama Masashi Kishimoto?. Mungkin ramai yang tak mengenalinya, dia adalah seorang mangaka komik yang berjudul NARUTO dan juga siri yang sudah dianimasikan serta ditayangkan di stesen TV di seluruh dunia pada hari ini. Saya adalah salah satu peminat cerita mangaNARUTO ini, kerana keberkesanan pelukisnya mengolah cerita yang agak kompleks dan menarik ini.
Pelukis ini memang genius dengan meyelitkan pengaruh agama dan budaya sesuatu masyarakat di dalam komiknya itulah gaya pemikirannya, sedang membaca episod manga naruto yang lepas lepas saya terperasan satu watak yang bernama ‘TOBI’ yang amat mirip dengan DAJJAL/ANTICRIST dan ada unsur-unsur illuminati dalam cerita ni. OK, senang cerita saya ringkaskan satu-persatu supaya senang difahami.
Pekara yang perlu anda tahu dalam NARUTO:
1) ORGANISASI AKATSUKI = Antagonis utama cerita ni, AKATSUKI yang bermaksud ‘SENJA MERAH’ ini dianggotai oleh beberapa ninja yang telah mengkhianat atau membelot negara sendiri demi kepentingan dirinya dan bergerak secara sulit dn tertutup.
2) TOBI = TOBI atau UCHIHA MADARA (nama sebenar) adalah pengasas sebuah puak yang bernamaUCHIHA dan juga menubuhkan organisasi AKATSUKI ini, seorang ninja yang telah hidup dari zaman dahulu lagi dalam cerita komik ni dan dikatakan sebagai kehidupan kekal abadi. Dia juga buta pada mata kirinya dan DALANG di balik semua KEBURUKAN dengan memanipulasikan fikiran, pembohongan serta fitnahnya amat luar biasa dan orang yang membuka peperangan Dunia NINJA yang baru.
Mari saya tunjukan lagi unsur-unsur illuminati. Jika anda menganggap ini hanya kebetulan, cuba perhatikan dialog yang dikatakan oleh tobi atau MADARA ini dalam ‘MOON EYES PLAN’:
3) JUUBI (binatang raksaksa) adalah raksaksa bermata satu yang ingin dibangkitkan oleh MADARA yang kebetulan juga bermata satu.
Bentuk asal mata JUBBI. Setelah saya SAMBUNGKAN menjadi simbol:
ADAKAH IANYA KEBETULAN atau ada MESEJ yang ingin disampaikan oleh pelukis ini?
Pain atau nama sebanarnya Nagato adalah ketua AKATSUKI, mempunyai MATA DEWA (Rinnegan) dalam agama Buddha dan Mesir, mampu menghidupkan orang yang telah mati dan mencipta sesuatu mengikut kehendaknya. Dihasut oleh MADARA.
4) MATA DEWA (Rinnengan)
Ini pula adalah simbol ILLUMINATI: SAMA? ya SAMA.
5) UCHIHA SASUKE adalah WATAK kedua dalam cerita ni. Menjadi jahat akibat hasutan licik MADARA. Mari tengok.
Mata dia, LOGO HEXAGRAM SATANISM.
ADAKAH INI JUGA KEBETULAN??
Pelukis mungkin terbaca akan kisah-kisah ini dan saya amat mengagumi kecerdikan dan idea yang dia selitkan, dia juga tidak lupa menyampaikan MESEJ bahawa Kebenaran akan selalu menang melawan Kejahatan. Ianya sama sahaja seperti kisah Al-Masih Dajjal yang akan dikalahkan oleh Nabi Isa a.s yang dibantu oleh Imam Mahdi di akhir zaman nanti, kan?
Apa pendapat korang? Haha, Perlu ke kita kaitkan semua ini dengan unsur illuminati atau sebaliknya. Seperti mana yang kita tahu, yahudi memang sentiasa merancang untuk melemahkan, menjatuhkan umat islam dari dulu hinggalah sekarang. Tapi, adakah cerita naruto ini benar-benar berkaitan dengan unsur berikut atau hanya rekaan semata-mata ataupun secara kebetulan je terjadi sedemikian.
SUMBER :
http://xlawsknowledges.blogspot.com/...am-cerita.html
No comments:
Post a Comment