Thursday, August 18, 2011

Kenape Kaum India di Malaysia Melenting Bila Digelarkan Diri Mereka Sebagai 'Keling'

Penggunaan

Perkataan keling selalunya digunakan untuk merujuk masyarakat India tetapi istilah ini dianggap menunjukkan rasa tidak hormat kepada masyarakat India di Malaysia. Ada mereka yang menyamakan istilah ini seperti nigger untuk masyarakat Amerika Afrika.

Peribahasa seperti janji keling misalnya digunakan oleh masyarakat berbahasa Melayu untuk merujuk kepada orang yang suka berbohong, memberi kenyataan yang bercanggah dan mereka yang tidak tetap pendirian.

Dalam masyarakat Cina, perkataan keling-a (Hokkien; 吉寧仔; POJ: kiet-lêng-á), keling kwai (Kantonis; 吉寧鬼; Yale: git-lìhng-gwái), dan keling-kia (Teochew) selalu digunakan di Malaysia dan Singapura. Perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam niat baik atau tidak. Dalam suku Hokkien dan Teachew tambahan -a dan -kia selalunya merujuk kepada suku bukan Cina dan dalam Kantonis, istilah kwai bermaksud "hantu" atau "syaitan" dan digunakan juga untuk etnik bukan Cina.


Dianggap Menghina

Perubahan perkataan keling daripada istilah umum bagi kaum India bertukar menjadi satu istilah yang dianggap menghina bermula semenjak 1963. In terbukti dengan perubahan istilah orang Keling kepada orang India dalam buku Cherita Jenaka yang diterbitkan 1960 dengan Cherita Jenaka yang diterbitkan pada 1963

Kemungkinan perubahan ini disebabkan orang India sendiri memandang rendah mereka yang berasal dari India Selatan dan tidak mahu dikaitkan dengan panggilan keling. Kemungkinan yang lain adalah dari segi sejarah, kebanyakan pendatang dari India yang awal bekerja di ladang dan dikenali sebagai keling. Oleh itu apabila mereka mencapai tahap ekonomi yang lebih tinggi, mereka mahu menjauhkan diri daripada gelaran yang mempunyai stigma kelas bawahan.

Usaha utama menghalang penggunaan "keling" dalam bahasa Melayu diketuai oleh Angkatan Pelopor India Muslim (APIM).

Walau apapun punca asalnya, perkataan keling kini tidak digemari oleh kaum India di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Di Indonesia dan Malaysia istilah atau perkataan "keling" sering dianggap satu kata makian dan sepatutnya di[guna]]kan dengan hati-hati.

Kontroversi ini tambah menyala apabila Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyenaraikan perkataan asal "keling" dan ditambah dengan beberapa perkataan penambah seperti keling kapal karam dan keling mabuk todi. Sudah tentulah sebarang perkataan asal, apabila ditambah perkataan tambah negatif akan memberi gambaran negatif kepada makna asal keling tersebut.




Lepas ni kita tukar plak nama makanan ni kepada 'Telinga Tambi', 'Telinga Macha' atau 'Telinga India'

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...