Sunday, August 21, 2011

[Hangat] Melayu Islam Pegang Anjing Lagi!!

Salam..

Tertarik pula saya nak mengulas tentang topik Isu Sentuh Babi dan Anjing. Bila disebut tentang haiwan yg dua ni, semua org buat muka jijik.. Ye.. tak disangkal pun. Babi dan anjing memang kotor dan ia merupakan najis berat. Tapi ramai org yg memberi alasan tak suka babi dan anjing sebab ia haram. Di sini menunjukkan masyarakat kita kurang faham dan ramai yg salah faham tentang pengharaman anjing wa babi ni. Apa yg haram tentang haiwan berdua ni sebenarnya? Haram disentuhkah? Atau haram dimakankah? Atau haram bergambar dengannyakah?




Tak lama dulu pernah timbul isu-isu sensitif ni apabila ada pelajar veterinar yg tersebar gambar-gambar mereka sedang memegang babi. Gambar-gambar ni menimbulkan kemarahan masyarakat apabila mereka dikatakan mempersendakan agama dengan memegang babi. Alasannya? "Babi tu kan haram". Babak imam sentuh anjing dalam filem pun pernah jadi isu hangat. Alasannya? "Mana boleh org Islam pegang anjing.. kan anjing tu haram". Hmm.. betul ke org Islam haram sentuh anjing dan babi?



Hasil pembentangan tajuk ni ketika sesi halaqah yg lepas, saya jelas yg menyentuh anjing dan babi tu hukumnya bukanlah haram. Tapi yg haramnya pada babi tu ialah apabila kita memakannya. Ramai yg masih keliru. Babi dan anjing ni ialah najis mughallazah (najis berat) yg kita perlu samak jika tersentuhnya dalam keadaan tidak kering. Bila sebut bab najis ia bukanlah suatu yg haram disentuh tapi bila dah kena tu wajiblah kita sucikan supaya tak jejaskan ibadah.



Mungkin disebabkan ia najis berat dan pengharaman makan babi dan sekutunya inilah yg membuatkan kita keliru sebenarnya. Tak haram pun sentuh tapi wajib disucikan. Sama juga halnya bila kita sentuh najis-najis lain, kita sucikan ikut syarak. Nak sentuh, sentuh saja lah, janji samak. Saya bukanlah nak mempromosikan babi dan anjing untuk kita pegang beramai-ramai. Tidak.. Cuma saya cuba nak betulkan kekeliruan antara 'haram sentuh' dan 'haram makan'. Tidak haram menyentuh babi dan anjing. Kalau bab 'haram sentuh' ni, apa yg sepatutnya haram sentuh tak pula jadi isu besar dalam masyarakat. Contohnya bersentuhan antara laki dan perempuan bukan mahram. Inilah antara contoh 'haram sentuh' yg kalau kita buat terang-terang dapat dosa. Tapi isu sentuh babi pula yg lebih-lebih jadi isu. Kalau macam tu lebih baik pilih sentuh babi daripada sentuh kulit yang bukan mahram.. Haiii.. sungguh kesian sang babi..


Sensitiviti terhadap perkara berkaitan babi & anjing ni mungkin wujud kerana masyarakat kita pada awalnya menjauhi binatang berdua ni sebab malas nak bersamak. Dari kecil kita diajar jauhi babi dan anjing mungkin sebab mak ayah bimbang takut-takut kalau anak mereka sentuh babi dan anjing kemudian terus bersolat tanpa menyucikannya terlebih dulu. Dari situ kita mula rasa jijik dan mungkin dari rasa jijik inilah yg akhirnya membuatkan ada segelintir manusia yg menzalimi binatang-binatang ni. Ada yg baling kayu dan batu sesuka hati walaupun tak diganggu. Lupa ke yg babi dan anjing pun makhluk Allah juga. Pernah ditanya kepada seorang Muslim, "kalau awak nampak seekor anjing tersepit, awak bantu atau awak biarkan je?" lalu org tu menjawab, "saya tak kan tolong sebab saya org Islam". Sedih juga bila dengar jawapan macam ni. Akibat salah faham tentang isu sentuh babi dan anjing tu boleh membuatkan orang yg bukan Islam memandang Islam sebagai agama yg menzalimi walhal tidak. Islam itukan indah dan mengajar umatnya menyayangi haiwan

Saya harap tidak ada orang yg salah faham tentang isi entri ni. Bukanlah saya nak berkempen ajak sentuh babi dan anjing. Sekadar nak memperingatkan dan mahu berkongsi apa yg saya tau. Kalau boleh elakkanlah daripada tersentuh sebab ia najis tapi janganlah sampai menjatuhkan hukum haram sentuh babi dan anjing pula. Jika ada apa-apa yg salah saya rela ditegur dan insyaAllah saya perbetulkan. Segala yang baik datangnya dari Allah.. wallahua'lam..



Note :

Terdapat dalil naqli yg dengan jelasnya mengharamkan memakan daging babi. Sepertimana dalam firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3 yang bermaksud : "Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan (daging) haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala ." Walaubagaimanapun tidak ada dalil haram menyentuh babi dan anjing bahkan hukum samak najis ini juga menjadi khilaf ulama. Jika berlandaskan Mazhab Shafi'e wajib samak dengan membasuh tempat yang terkena najis tu 6 kali dengan air bersih dan sekali dengan air tanah. Saya bukanlah orang yang arif dalam menghuraikan isu-isu perselisihan mazhab ni. Kalau nak lebih jelas boleh tanya pada yang lebih arif. wallahua'alam.


sumber :

http://fatimahsamsuddin.blogspot.com...an-anjing.html


tak cukup lg? tak percaya ?


2 comments:

  1. Good article...mmg ini yg selalu terjadi pada golongan Melayu orthodox...berfikiran jumud...yg menjadi mangsa adalah anjing & mereka yg memahami hukum & mempraktikkannya dicela, dicemuh, dihina & sebagainya. Sudah diterangkan oleh ustaz / alim ulama tapi sudah Melayu begitu...anjing & babi dikira haram dari semua segi...Itulah yg dikatakan bodoh sombong.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah dengar cakap Imam syiah memnglah halal. Korang ni puak syiah ke? .. Hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mengambil ANJING (sebagai peliharaan) kecuali ANJING menjaga tanaman atau ANJING menjaga ternakan atau ANJING berburu, maka setiap hari pahalanya berkurang satu Qiraat".

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...