Friday, July 29, 2011

Sebab-Sebab Kekalahan Malaysia vs Singapura

Kehilangan 3 tonggak utama iaitu Aidil Zafuan, Safiq Rahim dan Nor Shahrul Idlan Talaha menjejaskan corak Malaysia.


Abdul Hadi Yahya gagal beraksi baik pada perlawanan timbal balik walaupun menjaringkan gol di Singapura.


Kurangnya kreativiti di bahagian tengah terutamanya pada perlawanan kedua ini apabila Safiq Rahim tidak bermain. Dapat disimpulkan perlawana di Singapura, Malaysia beraksi lebih baik.


Safee Sali sering bertindak keseorangan di bahagian serangan lantaran gagal mendapat bantuan rakan-rakan.


Pertahanan Malaysia yang kerap leka sehingga mudah pemain lawan memecahbelahkan benteng pertahanan.


Ahmad Fakri Sharaani memang tak patut dimasukkan. Beliau TIDAK beraksi baik dalam Liga Super. Siap bagi kad merah pulak tu. Ashaari Shamsuddin yang patut dimasukkan.


Sepatutnya Khairul Fahmi bermain sebagai penjaga gol ketika bermain di Singapura. So tak ada lah gol-gol yang mudah dijaringkan Singapura.


Kemenangan yang di tuntut dari pelbagai pihak mungkin memberi tekanan kepada pemain Harimau Malaya sehingga menjejaskan prestasi.


Pemain Singapura adalah pelakon terbaik kerana terlalu mudah cedera dan meminta advantage walaupun bersentuh sedikit. Ini melambat-lambatkan permainan.


Terlalu mengharapkan Safee Sali menjaringkan gol. Oleh itu mudah bagi pertahanan lawan melakukan man marking kepada Safee Sali.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...