Thursday, July 21, 2011
Persalinan Memey Bernilai RM7.2 Juta
Pelakon Norman Hakim dan pasangannya, Memey Suhaiza bakal bernikah pada 24 September depan. Majlis pernikahan itu dijangka berlangsung di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Majlis persandingan pasangan tersebut bakal berlangsung di Crowne Plaza Mutiara pada 28 September dan bakal dilabel sebagai "Wedding Of The Year" apabila Memey dikatakan akan mengenakan gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang bernilai RM7.2 juta di majlis tersebut.
Kesemua persalinan yang ditaja oleh Rafflesia merangkumi dua persalinan untuk majlis persandingan dan acara memotong kek yang bernilai RM500,000 setiap satu.
Selain itu, Memey juga bakal dihiaskan dengan dua set barang kemas yang bernilai RM2.8 juta setiap satu majlis berasingan. Selain itu, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut bertatah mutiara rekaan Datuk Jimmy Choo yang bernilai RM300,000 sepasang.
Sungguh bertuah pasangan pengantin apabila menerima tajaan dari pereka-pereka ternama Malaysia mahu pun antarabangsa. Tidak hairanlah sekiranya majlis tersebut dilabel sebagai "Wedding Of The Year".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment