Wednesday, September 14, 2011

Trivia mengenai Petknode

1. Kedua-dua pemilik memberikan permohonan maaf sebab berlaku kelalaian tersebut melalui laman Facebook.

2. Menurut kedua-dua individu tersebut, ia berlaku kerana mereka mengalami kekangan bajet untuk menggajikan pekerja tambahan.

3. Rata-rata maklum balas yang diterima menerusi komen yang diberi berbaur kemarahan terhadap kelalaian mereka.

4. Pemilik-pemilik kucing yang hadir pada sidang akhbar itu mendakwa mereka dijanjikan dengan bilik yang dilabel sebagai VIP pada harga yang tertentu tetapi berlaku sebaliknya

5. Ada antara mereka yang memberitahu, ketika meninjau Petknode, di bahagian luarnya nampak sangat menyakinkan.

6. Harga yang ditawarkan Petknode pelbagai seperti pakej RM70 untuk sembilan hari sehingga RM13.90 sehari untuk pakej VIP.

 KUCING yang ditemui berada dalam keadaan menyayat hati. Selain kurus kering, bersalut dengan kencing dan najis bahkan, ada juga yang mati akibat kelaparan atau penyakit. 


DEWAN di Hotel Armada, Petaling Jaya dipenuhi oleh pencinta haiwan yang prihatin dengan kekejaman ke atas 'sahabat' manusia itu. 


SUKARELAWAN komuniti Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan dan pemilik kucing memenuhi premis Petknode Ahad dua minggu lalu selepas mendapat berita kucing di situ tidak diberi penjagaan sepatutnya. 


SUASANA pada sidang akhbar oleh komuniti Kucing Terbiar dan Anjing Jalanan penuh dengan emosi. 

 KEADAAN premis Petknode yang menempatkan hampir 100 ekor kucing yang dihantar ke sana sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. 


BAYANGKAN enam ekor kucing diletakkan bersama dalam satu sangkar sempit yang menyukarkan pergerakan dan membuatkan haiwan itu tertekan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...