Tuesday, September 27, 2011

Hudud Made Easy


Nak implement hudud kat Malaysia ni taklah susah sangat, tinggal nak buat atau tak je. Peruntukan undang-undang dah ada, tinggal laksanakan mengikut ruang lingkup yang ada. Kaedah fiqh kata, kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Rangka & tulang-temulang dah ada, tinggal nak isi daging je.

Buat masa ni, yang paling praktikal untuk dilaksanakan ialah kes zina (dan liwat) & minum arak sebab kedua-dua kesalahan ni dah wujud dalam enakmen jenayah negeri masing-masing. Cuma hukumannya saja lain daripada yang ditetapkan mengikut Islam. Contohnya minum arak, Islam kata sebat 40/80 rotan tapi enakmen hukum penjara/denda/sebat. Kenapa enakmen tetapkan hukum sebegitu, sebab Akta Jenayah Syariah 1965 kata bidang kuasa hukuman untuk jenayah Syariah terhad kepada penjara 3 tahun, denda RM5,000 & sebat 6 rotan (rule 356).

So macam mana nak ubah dari 356 kepada sebat 40/80 rotan, mudah je, pindalah Akta Jenayah Syariah yang kali terakhir dipinda tahun 1984 tu. Kalau pra 1984 jenayah syariah hukumannya penjara 6 bulan & denda RM1,000, kerajaan dah naikkan jadi 356. Jadi tak salah kalau 6 kali sebatan tu kerajaan naikkan jadi 100 sebat, tak susah kan? DAP, MCA & golongan yang sama waktu dengannya pun tak perlu geger sebab pindaan ini melibatkan bidang kuasa mahkamah Syariah yang bukan Islam tak terlibat langsung.

Penjara & denda perlu dikekalkan sebab itu ialah mekanisme takzir (sebat pun takzir juga). Maka jenayah khalwat yang ada sekarang hukumannya selaras dengan takzir sebab khalwat tak jatuh bawah hudud. 99% jenayah ialah takzir, yang belen 1% ni je hudud, yang 6, 7 jenis jenayah termasuk jenayah qisas. Yang risau sangat pasal 1% ni pasal apa?

Maknanya zina, liwat, qazaf (hudud) yang libatkan sebatan ni, dah boleh dilaksanakan tanpa perlu bukan Islam nak sibuk-sibuk.

Bagaimana dengan murtad, qisas yang menjadi concern orang bukan Islam. Yang tu takpelah dulu, boleh bincang lagi, muzakarah lagi. Kita tumpu yang kita betul-betul boleh buat dulu. Tapi malangnya kerajaan takde kesungguhan untuk implement benda yang dalam jangkauan sendiri. Contoh sebat kes Kartika tu, bila dihukum sebat habis geger satu Malaysia, rupa-rupanya selepas hampir suku abad hukuman sebat Syariah tu ada, tukang sebat Syariah tak ada! Ini salah rakyat yang takde kesedaran atau kerajaan yang tak sedar-sedar? Nak sebat 6 rotan pun kluk klek, nak cerita pasal 40 rotan? 80 rotan? 100 rotan?

Kalau nak ikutkan, hukuman potong tangan untuk sariqah (potong tangan) pun boleh dibuat, pinda je Akta Jenayah Syariah tu. Sebab sariqah ni bukan macam theft dalam Penal Code, lain dalam erti kata syarat-syaratnya pun lain. Sariqah ada hirz (kalau jam rolex tercicir & ada orang curi itu bukan sariqah), ada nisab (curi benda yang nilai bawah 10 dirham +- RM150 bukan sariqah), mesti berlaku di luar pengetahuan tuan punya barang, mesti ada dua saksi, hoi ingat senang ke nak potong tangan orang? Yang theft dalam Penal Code tu lantak dialah sebab mahkamah sendiri kata kalau ada 1 jenayah dalam dua-dua undang-undang (sivil/Syariah), ikut suka Peguam Negara atau Pendakwa Syarie nak dakwa atau tak, macam kes liwat. Liwat tu nak dakwa kat mahkamah sivil boleh, kat mahkamah Syariah pun boleh, takde hal.

Pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Akta Jenayah Syariah tu sendiri boleh dicabar keabsahannya, betullah tu, tapi kita nak cakap pasal made easy, bukan made difficult, so berkonfrontasi bukanlah cara yang baik & praktikal untuk semua keadaan. Kita cuba implement hudud mengikut skema yang ada & yang menariknya, tak payah pinda Perlembagaan Persekutuan pun! Yang kata kena pinda & dapatkan majoriti 2/3 tu jenis kita boleh berjalan tapi kita pilih untuk merangkak, sampai tu sampai, tapi kan susah. Kalau dah kita diizinkan berjalan, kita berjalanlah, kenapa kita nak merangkak. Nak pinda Akta Jenayah Syariah pun senang, kena ada simple majority je, bukan 2/3. Amatlah pelik kalau ahli-ahli parlimen bukan Islam nak bantah jenayah & hukuman yang takde kaitan langsung dengan orang bukan Islam, ini namanya dah melanggar hak asasi manusia & percayalah, ahli-ahli parlimen bukan Islam sendiri tak tau hakikat benda ni sebab ahli-ahli parlimen yang Islam tu pun lebih separuh ting tong jugak.

Begitulah adanya.

Sumber http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150306782512919

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...