setelah kecoh kononnya minuman ringan Barbican itu haram, semalam Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa minuman ringan gandum seperti Barbican adalah halal dan boleh diminum oleh masyarakat Islam
produk-produk ini dikatakan bukannya diproses untuk membuat minuman alkohol dan kandungan alkohol yang terhasil daripada pemprosesannya adalah rendah dan tidak memabukkan
“Jadi, minuman seperti ini adalah halal dan boleh diambil oleh umat Islam seperti mana yang telah dipersetujui majlis tersebut dalam muzakarah yang diadakan pada tahun 1984, 1987, 1988 dan 2010,” kata pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dalam satu sidang akhbar yang diadakan semalam
baik itu cerita Barbican, ni nak cerita pasal rokok pulak
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan bercanggah pendapat mengenai hukum merokok apabila satu pihak mengatakan ia makruh manakala satu pihak lagi memfatwakannya sebagai haram
Menurut Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha, perbuatan merokok adalah makruh selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan atau mengganggu kesihatan para penghisapnya
Namun katanya, hukum merokok bertukar haram apabila perbuatan itu jelas mengganggu kesihatan atau mendatangkan kemudaratan kepada orang yang mengambil bahan itu
“Pengharaman rokok tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dan khinzir sebab arak dan khinzir jelas diharamkan dalam al-Quran dan hadis tetapi bagi rokok tidak ada.
“Ulama berselisih pendapat dalam pengharaman rokok dan ia lebih kalau mendatangkan mudarat,” katanya
Dalam pada itu, Abdul Shukor berkata, fatwa pengharaman rokok telah lama diwartakan oleh majlis tersebut iaitu sejak 1995 dan ia kekal sehingga sekarang
Katanya, pengharaman itu berdasarkan tiga sebab iaitu merokok membahayakan kesihatan para penggunanya, mendatangkan kemudaratan kepada orang di sekeliling perokok serta alam sekitar dan perbuatan tersebut menjurus kepada pembaziran
Bagaimanapun, beliau mengakui pengharaman rokok adalah tidak seragam dan setakat ini ia hanya diwartakan di dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor
Justeru, beliau meminta negeri-negeri lain supaya segera mewartakan pengharaman rokok bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam
“Kita tidak boleh menguatkuasakan pengharaman rokok kerana walaupun dari segi hukum syarak sudah jelas ia haram tetapi apabila kita buat fatwa, dari segi penguatkuasaan ia mesti fatwa yang digazet.
“Peringkat pusat iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh menggazetkan fatwa, yang boleh gazetkan fatwa adalah di peringkat majlis agama negeri dan perkara agama adalah di bawah bidang kuasa negeri,” jelasnya
baik sekarang bab Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) pula
mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April telah bersetuju memutuskan bahawa pelaburan ASN, ASB dan seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan ia secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional
Majlis Fatwa Kebangsaan pula memutuskan hukum melabur dalam ASN dan ASB, termasuk pembayaran dividen dan bonusnya, adalah HARUS
keputusan itu dibuat selepas pihak Majlis Fatwa meneliti dan mempertimbangkan semua kesan daripada pelaburan berkenaan
adoyyyyyyy, keliru, memang keliru
bagi aku Islam itu mudah tapi jangan terlalu ambil mudah…pada masa yang sama golongan ilmuwan agama kena ‘bijak’ khususnya dalam mengeluarkan fatwa dan sebagainya, mereka kena satu hati dan satu suara agar kita masyarakat Islam tidak terus keliru dan dikelirukan
memang bagus kalau kita ada pelbagai pendapat kerana ia melebarkan horizon pemikiran kita tentang sesuatu perkara namun ia mesti disertai dengan penjelasan yang cukup ilmiah dan terperinci
jangan hanya sesuka hati kata HARAM atau HALAL kemudian biarkan kita semua terpinga-pinga begitu saja
lagi satu janganlah ambil masa yang lama sangat kalau nak keluarkan satu-satu fatwa, dalam isu Barbican contohnya, dah berbulan-bulan masyarakat dok bercakap mengenainya, baru semalam nak umum…tolonglah Ustaz, pro-aktiflah sikit!
SAK: Dalam kalut ada peraturan, peraturan cipta kekalutan, di mana pula kau berdiri…itu kata M. Nasir.
Source
No comments:
Post a Comment