Manusia dok tgk Orang Tua Jatuh!!
Orang Tua ini terjatuh di tengah jalan, namun tidak seorang pun orang yang menolongnya?
Akhbar di China melaporkan ada seorang lelaki tua yang jatuh di tengah
jalan yang sibuk. Dia tidak boleh bangun selama 15 minit. Namun tidak
ada seorang pun yang menolongnya, malah orang ramai hanya sibuk melihat
sahaja.
Apa alasan mereka tidak mahu menolong Orang tua tersebut?
Pada tahun 2006 ada seseorang lelaki membantu seorang wanita tua yang
duduk di lantai bus untuk berdiri, dan akhirnya lelaki itu dituduh
keluarga nenek tadi sebagai penyebab nenek tersebut tercedera .Lelaki
tesebut disaman 130.000 Yuan untuk membiayai kos perubatan. Namun
setelah hasil siasatan dan rayuan,lelaki tersebut hanya dikenakan
bayaran 40.000 yuan sahaja.
Satu lagi kejadian lain yang menimpa seorang mahasiswa di Universiti
Hennan yang membantu wanita tua untuk duduk , namun mahasiswa tersebut
dituduh sebagai penyebab wanita tua tersebut tercedera dan di dijatuhi
hukuman denda 80.000 yuan.
Beginilah di zaman materialistik, sikap kemanusian diketepikan.Dalam
kejadian seperti ini, lebih baik kita memanggil polis/ambulan. Tidak
semua orang yang kemalangan itu adalah berpura-pura atau bermaksud
jahat, cuba bayangkan jika yang terkapar ditengah jalan itu anggota
keluarga kita?
No comments:
Post a Comment