Sunday, November 13, 2011
180 bakal gengster Melayu dicekup
LUMUT – Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.
Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.
“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.
“Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya.
Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.
Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak.
Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.
Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.
“Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.
Windows XP Tidak Akan Berkubur
Microsoft dengan bangganya melepaskan sistem operasi (OS) mereka yang
paling berjaya, Windows XP. Pada hari ni Windows XP masih lagi popular
dan masih ramai yang menggunakannya untuk kerja-kerja seharian. Kalau
ikutkan statistik pelawat blog ni, 36% adalah pengguna Windows XP,
nombor dua selepas Windows 7 dengan 50%.
Ternyata majoriti pengguna komputer di Malaysia hatta di seluruh dunia masih lagi mengekalkan XP sebagai OS utama mereka. XP diperkenalkan dalam 25 bahasa di seluruh dunia, penjualannya kurang memberangsangkan pada awal kemunculan.
Dalam masa tiga hari pertama selepas pelancaran, hanya 260,00 salinan telah dijual di Amerika Syarikat. Windows XP hanya berjaya bila vendor sistem mula menawarkan komputer dengan XP yang terpasang.
Sekarang ni saya pasti masih banyak syarikat-syarikat kat dalam negara amnya menggunakan XP. Sebab mereka tak boleh mengubah sistem dalam syarikat mereka dalam masa yang singkat. Kalau berlaku apa-apa dalam sistem mereka, mungkin kerugian besar yang akan ditanggung.
Ringkasnya, mereka takut sistem perniagaan dan perkhidmatan yang penting tidak akan berjalan lancar dengan Windows 7. Tapi mungkin perlahan-lahan mereka akan bertukar juga.
Rasanya 5 tahun lebih akan datang, XP masih kekal dalam komputer pengguna sebelum mereka beralih ke OS baru.

[Tutorial] Upload Sekali Je! Download Kat Banyak Tempat
Salam,
Ramai uploader yang nak share movies/software/music/dsb ke site file hosting. Mereka terpaksa upload file tu satu persatu ke pelbagai server seperti RS/HF/MU/FS/dsb untuk pastikan file tu mudah di download/muat turun oleh orang ramai melalui website yang diorang suka. Kiranya file korang dah jadi Multi Download Link.
Cara-cara :
upload ke sini file anda :
- www.mirrorcreator.com (yang ni terbaik buat masa ni)
- www.multiupload.com
- www.massmirror.com
- www.gazup.com
- www.rapidspread.com
- www.sharebee.com
- www.qooy.com
- www.uploadmirrors.com
lepas ni upload sekali je, lepas tu boleh download kat banyak tempat. File korang dah jadi Multi Link. RS ada. HF ada. MU ada. FS ada. SEMUA ada

Jambatan Tenggelam Di Fort de Roovere
Semasa abad ke-17, satu benteng @ kubu telah dibina di kawasan
West Brabant Water Line (Barat Belanda) untuk memberi perlindungan
daripada pencerobohan daripada tentera Perancis dan Sepanyol. Fort de
Roovere dikelilingi oleh parit berlumpur yang terlalu dalam untuk
dilalui oleh tentera.
Baru-baru ini, Fort de Roovere telah dibuka kepada pelancong dan menariknya di situ adalah sebuah jambatan yang dibina bukan seperti jambatan biasa tetapi sedikit tenggelam ke dalam air. Projek ini telah dianugerahkan dengan anugerah BNA Building of the Year 2011 oleh Kesatuan Arkitek Belanda.

Saturday, November 12, 2011
Keracunan Makanan
Keracunan makanan memang kerap berlaku. Salah satu mekungkinannya
mungkin akibat daripada makan makanan yang tercemar atau yang kurang
masak. Banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan korang cirit-birit,
sakit perut atau penyakit-penyakit yang lain.
Untuk pengetahuan korang, saya dapat artikel ni dari email. Dan oleh kerana saya rasa artikel ni bagus untuk di share, jadinya saya salin dan olah semula artikel ini untuk korang baca. Mungkin ianya bermanfaat untuk korang semua..
Antara penyebab atau punca keracunan makanan seperti di bawah :
Sayur-sayuran hijau. Memang sayur banyak manfaat dan sangat digallakkan untuk dimakan sebab banyak memberi nutrien dalam badan. Tapi kalau sayur-sayur itu tercemar, mungkin akan mendatangkan keburukan. Selalunya tercemar daripada najis, air kotor ketika membasuh sayur atau tangan peniaga kedai makan yang kotor. Jadinya untuk mengelakkan perkara ni berlaku, pastikan korang cuci tangan sebelum memasak, gunakan air yang bersih dan peralatan dapur yang bersih ok. ;)
Telur. Oh.. Telur ni antara makanan kegemaran saya. Huhu. Kalau nak tau, bakteria senang sangat membiak dalam telur, terutamanya Salmonella sp. yang menyebabkan cirit-birit. Kalau boleh elakkan daripada memakan telur secara mentah. (saya selalu makan telur separuh masak..).. Mungkin kena kurangkan makan telur separuh masak..
Ikan tuna senang tercemar dengan scombrotoxin yang menyebabkan panas badan, sakit kepala dan kejang otot. Ikan tuna yang telah ditangkap dan jika tak disimpan dalam peti sejuk untuk jangka masa yang lama, mungkin akan menghasilkan toxin yang mana tidak boleh dihapuskan walaupun ikan tuna itu dimasak.
Tiram. Tiram tinggal didasar laut dan makan secara ‘filter’. Jika air yang di ‘filter’ tercemar, maka tiram pun akan turut tercemar. Keburukan yang akan menimpa akan terjadi sekiranya ia dihidangkan mentah atau tidak cukup masak. Ramai yang suka makan tiram secara kurang masak. Harap lepas ni korang makan yang dah betul2 masak ok. Saya tak makan tiram.. ^^
Kentang. Kentang yang dimakan sebagai side dish boleh menyebabkan sakit perut. Semuanya disebabkan oleh bakteria yang dipindahkan daripada pekebun yang tidak menjaga kebersihan.
Keju. Keju pulak, yang dimakan dirumah selalunya boleh memberi keburukan sebab mungkin dah dicemari dengan bakteria Salmonella sp. yang mana bukan je penyebab sakit perut tapi juga boleh menyebabkan keguguran bayi. Kepada ibu-ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk makan keju ketika hamil.
Aiskrim. Lori aiskrim yang dicemari bakteria-bakteria yang menyebabkan penyakit adalah punca kepada masalah ini. Hati-hati ketika membeli aiskrim yang dijual oleh penjaja yang menaiki motorsikal.
Tomato pula senang tercemar sewaktu berada kat pasar. Tapi jika dirumah pastikan tomato tu disimpan dalam peti sejuk serta merta. Jangan biarkan bakteria yang ada terus membiak.
Taugeh. Secara praktiknya taugeh memang bagus untuk tumbesaran kanak-kanak kerana sumber protein yang banyak. Tapi senang tercemar. Bakteria senang membiak ketika di kebun kerana sumber air dan keadaan sekitarnya.
Strawberry. Pernah dikaitkan dengan Hepatitis di Mexico kerana tercemar.
Kesemua makanan yang disenaraikan hanyalah sebahagiaan daripada sumber makanan yang boleh menyebabkan penyakit. Tidak semestinya makanan yang lain tidak mendatangkan keburukan. Kesemua makanan diatas senang untuk tercemar. Pastikan korang betul-betul jaga kebersihan diri dan juga sekitar. Untuk mengatasi keracunan makanan, pastikan makanan tu sentiasa terjaga dan tidak tercemar dari kotoran. Pastikan kalau sebelum masak, basuh tangan dengan bersih dan sentiasa bersihkan dapur korang tu :)
Menurut doktor, minum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat akibat muntah dan cirit-birit. Garam penting kerana ia dapat mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh melakukannya sendiri. Campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk untuk diminum. Tidak salah untuk meletakkan sedikit perasa kepada minuman itu.(KOSMO)

Friday, November 11, 2011
Guru Berasmara Dengan 11 Pelajar
COVINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru wanita berusia 41
tahun dituduh mengadakan hubungan seks dengan 11 orang pelajarnya, lapor
sebuah akhbar kelmarin.
Pihak pendakwa raya AS percaya guru berkenaan, Cindy Clifton akan dikenakan lebih banyak dakwaan berhubung jenayah terhadap pelajar bawah umur berbanding guru-guru lain di AS sejak sedekad lalu.
Dia kini berdepan 53 tuduhan yang membawa hukuman penjara lebih 60 tahun.
Polis berkata, Clifton menggunakan minuman keras untuk mengumpan remaja-remaja terbabit sebelum dia melakukan hubungan seks dengan mereka di kediamannya di sini, negeri Tennessee.
Clifton didakwa berasmara dengan 11 pelajar berlainan antara bulan April dan Julai tahun ini.
Menurut polis, kebanyakan pelajar terbabit merupakan rakan-rakan anak perempuannya.
Semua mangsa Clifton berusia antara 14 hingga 17 tahun dengan sebahagian mereka ialah pelajar di sekolah Crestview tempat guru berkenaan mengajar.
Polis di sini melancarkan satu siasatan pada Ogos lalu selepas pengetua sekolah berkenaan membuat aduan berhubung perilaku tidak bermoral membabitkan Clifton.
Selepas tiga bulan siasatan dilakukan, pihak berkuasa mengenakan 53 pertuduhan terhadap Clifton.
Peguamnya bagaimanapun menafikan semua tuduhan tersebut. Beliau menyatakan Clifton ialah seorang isteri yang setia, guru yang berdedikasi dan kerap menghadiri upacara keagamaan di gereja.
Clifton menangis apabila gambarnya dirakam semasa dalam tahanan polis.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$40,000 (RM126,100) tetapi diperintahkan supaya hadir di mahkamah semalam untuk berdepan 53 dakwaan terhadapnya termasuk jenayah rogol dan memberikan alkohol kepada remaja bawah umur.
Pada minggu lalu, seorang guru wanita berusia 33 tahun di negeri Ohio, Stacy Schuler dipenjara selama empat tahun selepas dia didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan lima pelajarnya.
Dia didapati bersalah atas 16 tuduhan jenayah seks selepas seorang juri di Cincinnati menolak alasan tertuduh bahawa dia kurang siuman. - Agensi

Tip2 Modifikasi Motorsikal Yang Dibenarkan dan Tidak Dibenarkan
Saman Pakcik Traffik..
traffic...: Sila berhenti ke tepi
aku : kenapa??
traffic...: ekzos nie bising sangat nieh, mintak lesen memandu dengan kad pengenalan, saya terpaksa saman.
aku : apsal plak nak saman, ekjos racing memang lar bising, saya baru lepas race ni.. on the way balik rumah lar..
traffic : Kalau camtu, boleh tunjukkan lesen perlumbaan encik??
aku : nah.. ni dier...
Traffic : Ambik saman ni...encik boleh jalan...
aku : terima kassseyyyyy........!!!!!!!!!!!
2 hari kemudian
Saman Pakcik JPJ plak..
JPJ...: Sila berhenti ke tepi
aku : kenapa??
jpj : encik tau apa kesalahan encik?
aku : tak tau.
jpj : nombor encik tu...tak boleh pakai cristal style number plet, salah ni.
aku : minta maaf ler, nanti saya tukar..2 hari lepas
saya baru je lepas kena saman.
jpj : sapa saman?
aku : traffic...
jpj : itu traficcccc...ni jpj lah bengong.
jpj : Ambik saman ni...encik boleh jalan...
aku : terima kassseyyyyy........!!!!!!!!!!!!
Ok lah sebagai peringatan pada korang semua kat sini aku listkan modifikasi yang bakal kantol dan tidak dibenarkan oleh Polis Traffic dan JPJ.. hah baca dan ingat yerr...
Tip2 Modifikasi Motorsikal Kupcai Yang Dibenarkan dan Tidak dibenarkan
1.Pemasangan Ekzos

Pemasangan ekzos motorsikal hendaklah ikut spec yang dibenarkan..Tidak boleh ubah suai silancer, atau tabung ekzos..Bunyi ekzos yang bising memekak telinga .terutama skali yang bunyi letup-letup sampai keluar api-api macam nak berperang.ade plak yang pipe dia mencanak mendongak kelangit.. Ade plak sekarang ni modifide masuk ekzos kereta kat motorsikal..Ade plak double ekzos macam superbike tapi kapcai jer.. Tapi kalo nak try pakai jugak..buat ujian di jabatan Alam Sekitar dan pengesahan puspakom..rasanya memang tak leh lepas la..tp ekzos yoshimura made in japan yg mahal tu mungkin bleh lepas, kalau korang boleh dapatkan surat dari Puspakom..Cubalah korang mintak...
2.Pemasangan Coverset

Penukaran coverset dibolehkan, diluluskan dan tidak perlu surat kebenaran JPJ.Tetapi Coverset yang ditukar perlulah tidak mengubah ciri-ciri dan bentuk asal motorsikal tersebut..Jangan kita sendiri tengok sampai tak kenal dan cam motorsikal.. jauh sangat lari dari bentuk asal..,kalau nak ikutkan spac warna kena sama dalam geran..kalo standet warna Oren,coverset yang nak tukar tu mesti ada dominan warna oren jugak la..jangan hilang trus warna oren ..
3.Pemasangan Footrest

Pemasangan footrest adalah dibenarkan..tak kira la brand RB ke..X1R ke..yoshimura ke..pakai je..tak salah..diluluskan dan tidak perlu dapatkan kebenaran JPJ.Setakat ni rasanyer de masalah rasanya kalau pakai footrest racing ni. polis tak tahan punye. kalau tahan pon maybe dorang nak tengok je kot. ye lahhh diorang jakun sikit tengok benda-benda pelik cam ni...
4.Pemasangan Brake Disk

Pemasangan disc brake belakang adalah dibenarkan..tidak perlu kelulusan JPJ..pastikan disc yang dipakai tidak besar gaban dari size disc belakang 125z. ape-apa pattern pun tak pe..tak kisah lahh.. Cuma mungkin ade keburukan penggunaan modified brake disc ni..kalau modfide pakai disc brek belakang, memang brek belakang susah nak pakai tak berapa cengkam bila brake emergency mesti telajak.tekan-tekan pedal brake pun tak mau berhenti..kadang tu bila tekan melekat sangat plak sampai membuang belakang..
5.Pemasangan Lampu Berwarna

Penggunaan lampu berwarna (contohnya lampu warna biru/hijau/ungu/merah) di bahagian hadapan terutama jenis projector xenon punya..Pasalnyer cahaya dipancar amat silau yang sungguh terang-benderang, yang berwarna putih-pelepah sehingga menyakitkan mata kita itu, itulah kononnya lampu xenon, bila selisih jalan ngan orang guna lampu jenis ni naik pedih mata bila bertentang dengan cahaya lampu jenis ni.Lampu berwarna juga tak dibenarkan termasuk lah pada lampu kecil bawah signal .sila gunakan warna lampu standet mcm lampu besar..hanya lampu merah dibenarkan di bahagian belakang untuk lampu brek.. Lampu signal pula mestilah berwarna oren.Tetapi malangnya, pemandu-pemandu sekarang main pasang saja. Ada kuning, merah, biru dan apa-apa saja lampu yang mereka minati.
6.Penggunaan aksesori tambahan

Lain-lain tambahan aksesori tu dibenarkan asalkan tidak mengubah rupa asal dan ciri-ciri bentuk asal motorsikal tersebut.. dan diharapkan tidak membawa kepada merbahaya bila menunggang.. Cuma nak nampak cantik ajer kan...
7.Pengubahsuaian Enjin dan CDI

Apa yang anda mahukan? Kuasa? Kelajuan maksimum? Atau keterujaan? Sebarang pengubahsuaian yang boleh menambahkan kelajuan asal ( modified enjin dan bahagian lain) biar lebih power adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang JPJ...nanti Tak pasal-pasal kena sita pulak motor. Modifikasi sederhana seperti menukar CDI atau roler motor skuter kepada spesifikasi yang lebih baik supaya motor anda mempunyai kuasa tambahan yang berpatutan.sikit-sikit tu mungkin boleh kut..Tapi setengah tempat.. traffic tak benarkan tukar CDI standert ke CDI lain lahh... Modifikasi berat seperti menukar blok enjin motor anda yang telah rosak kepada blok enjin lebih baik. Ini memerlukan pengesahan dan kelulusan pihak penguasa terutama JPJ. Nombor enjin ketuk lagi lah salah siap kena sita lagi... boleh tidor dalam lokap lagi...
8.Pengubahsuaian Saiz Rim dan Tayar

pengubahsuaian saiz rim dan tayar dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan. maksudnya..jgn la terlalu kecil atau terlalu besar yang mana membahayakan penunggang itu sndiri. Di benarkan menukar rim biasa kepada rim sport atau menukar tayar betiub kepada tayar tanpa tiub...Jangan guna tayar sotong.Kalau tak silap tayar sotong ni dah tidak dibenarkan lagi penggunaannya oleh kerajaan kerana banyak keburukan dari kebaikan .Bayangkanlah di mana kuasa untuk kita membrek dengan tayar sotong?Sedangkan permukaan tayar yang menyentuh jalan amat sedikit sekali.Andai berlaku brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.Lagi satu penggunaan tayar bersaiz kecil akan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita.Cuma sotong ni adalahh sikit kebaikan: ringan , kecik & tayar putung air dan yang jelas lebih banyak keburukan: mudah pancit & layan corner bulih terbabas terusss pi lungkang...so sapa-sapa yg pakai tyr jenis ni pikirkan-pikir la.
9.Penggunaan Nombor Plat

Nombor Plat bukanlah untuk tujuan fancy atau kelihatan cantik.Nombor plat hendaklah dipamerkan di hadapan dan belakang kenderaan bermotor tersebut dalam kedudukan menegak pada plat segi empat, tulisan tak leh rapat-rapat,sampai hampir nak bercantum, tulisan jelas dan terang boleh dibaca.. papan plat hendaklah warna hitam dan tulisan putih.. tidak memantulkan cahaya, tulisan hendaklah dibuat timbul.. lagi satu kalau nombor tulisan tu kalau tanggal, hilang, tercabut atau patah pun boleh kena saman wo...
10.Penggunaan side mirror dan cover rantai

Tak ade side mirror kat motorsikal .. terang-terang salah.. Tapi sekarang ni ade yang jenis side mirror boleh lipat-lipat… kalau dah terlipat tak pakai memang ler kena saman, sama mcm tak pakai sidemirror tu. Lagi satu penutup cover rantai kalau tak pasang mesti korang kena saman punya lah.. bahaya kalau tak pakai mau kaki masuk dan tersepit celah rantai...
Adengan yang tak sanggup...
Kalau ade duit, boleh lah modified ikut daya kreativiti ... Cuma kenalah berpada-pada ..ikut spec yang ditetapkan… karang tak pasal-pasal kena saman..sekarang ni kerap je ada road blok.. suma benda nak cek..

Subscribe to:
Posts (Atom)