Monday, November 14, 2011

Elak Lintah Masuk Kemaluan

HUSSAIN (tiga dari kiri) bersama pegawainya melawat pelajar SMK Penambang, Nor Fazira Ahmad Suhaimi yang menjalani peperiksaan SPM di HPRZ II akibat dijangkiti demam kepialu di Kota Bharu semalam.

 KOTA BHARU – Pelajar perempuan di negeri ini dinasihatkan supaya tidak 'ghairah' bermain dan mandi air banjir bagi mengelakkan berulangnya kes lintah memasuki alat sulit seperti yang dilaporkan tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, pada musim banjir tahun lalu, seramai 13 orang pelajar perempuan di negeri ini yang bermain dan mandi air banjir telah dimasuki lintah dalam alat sulit mangsa.

“Jadi saya ingin menasihatkan pelajar perempuan supaya tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian serupa berulang kerana ia boleh mengancam nyawa mereka akibat pendarahan dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.

Terdahulu beliau bersama pegawainya serta pegawai perhubungan awam HPRZ II, Zaid Ahmad meluangkan masa melawat tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpakasa mengambil peperiksaan di hospital akibat masalah kesihatan.

Wanita Dibogelkan Akibat Mencuri



Seorang wanita dibogel dan dimalukan di depan khalayak ramai setelah dia ditangkap mencuri di China.

Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya.

Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.

Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.

Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.

Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.

Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis.

Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.

Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang.

Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.






Imej Dadah 1 Kilo Di Dalam Perut

Anda tentu biasa mendengar bagaimana penyeludup dadah menelan dadah dalam bentuk beg untuk di seludup keluar. Tetapi pernahkah anda melihat bagaimana keadaan dadah tersebut di dalam perut?

Tentu sekali tidak kan!


Apa korang rasa tengok dadah ni?

Imej di atas adalah imej yang di scan dari perut seorang penyeludup berbangsa Irish berumur 20 tahun, dikenali sebagai P.B.B yang cuba menyeludup keluar 72 beg berisi dadah kokain seberat 1 kilo. Dianggarkan nilai dadah tersebut di pasaran adalah sekitar 150,000 euros.

Penyeludup ini ditahan di lapangan terbang Sao Paolo Brazil ketika dia cuba balik ke Eropah dari "bercuti".

Nota : Dadah ditelan ke dalam perut, berakkan, masuk ke dalam jamban, basuh serba sedikit dan dipasarkan ke penagih. Memang dadah tu taik.

Sunday, November 13, 2011

180 bakal gengster Melayu dicekup



LUMUT – Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin.

Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut.

“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap.

“Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan, ikrar yang dibacakan oleh kumpulan itu adalah ikrar sumpah untuk taat setia kepada ketua kumpulan dan akan saling melindungi ahli-ahlinya.

Menurut beliau, antara yang ditahan ialah 39 pelajar termasuk 33 orang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Turut ditahan tiga kakitangan yang bekerja dengan agensi kerajaan. Mereka datang dari seluruh pelosok negeri Perak.

Genki Seven Malaysia yang hampir keseluruhannya dianggotai orang Melayu dipercayai baru ditubuhkan pada 2006 dan didakwa berpusat di Ipoh.

Kumpulan itu kini memperluaskan sayapnya dengan membuka cawangan di Taiping. Genki Seven Malaysia juga sedang mencari ahli-ahlinya dalam kalangan orang muda dan mereka yang masih bersekolah.

“Siasatan polis mendapati perhimpunan haram yang dipercayai menjurus aktiviti kongsi gelap itu didalangi seorang kakitangan agensi kerajaan yang bekerja di Ipoh.

Windows XP Tidak Akan Berkubur

Microsoft dengan bangganya melepaskan sistem operasi (OS) mereka yang paling berjaya, Windows XP. Pada hari ni Windows XP masih lagi popular dan masih ramai yang menggunakannya untuk kerja-kerja seharian. Kalau ikutkan statistik pelawat blog ni, 36% adalah pengguna Windows XP, nombor dua selepas Windows 7 dengan 50%.

Ternyata majoriti pengguna komputer di Malaysia hatta di seluruh dunia masih lagi mengekalkan XP sebagai OS utama mereka. XP diperkenalkan dalam 25 bahasa di seluruh dunia, penjualannya kurang memberangsangkan pada awal kemunculan.

Dalam masa tiga hari pertama selepas pelancaran, hanya 260,00 salinan telah dijual di Amerika Syarikat. Windows XP hanya berjaya bila vendor sistem mula menawarkan komputer dengan XP yang terpasang.

Sekarang ni saya pasti masih banyak syarikat-syarikat kat dalam negara amnya menggunakan XP. Sebab mereka tak boleh mengubah sistem dalam syarikat mereka dalam masa yang singkat. Kalau berlaku apa-apa dalam sistem mereka, mungkin kerugian besar yang akan ditanggung.

Ringkasnya, mereka takut sistem perniagaan dan perkhidmatan yang penting tidak akan berjalan lancar dengan Windows 7. Tapi mungkin perlahan-lahan mereka akan bertukar juga.

Rasanya 5 tahun lebih akan datang, XP masih kekal dalam komputer pengguna sebelum mereka beralih ke OS baru.

[Tutorial] Upload Sekali Je! Download Kat Banyak Tempat

Salam,

Ramai uploader yang nak share movies/software/music/dsb ke site file hosting. Mereka terpaksa upload file tu satu persatu ke pelbagai server seperti RS/HF/MU/FS/dsb untuk pastikan file tu mudah di download/muat turun oleh orang ramai melalui website yang diorang suka. Kiranya file korang dah jadi Multi Download Link.


Cara-cara :
upload ke sini file anda :
- www.mirrorcreator.com (yang ni terbaik buat masa ni)
- www.multiupload.com
- www.massmirror.com
- www.gazup.com
- www.rapidspread.com
- www.sharebee.com
- www.qooy.com
- www.uploadmirrors.com

lepas ni upload sekali je, lepas tu boleh download kat banyak tempat. File korang dah jadi Multi Link. RS ada. HF ada. MU ada. FS ada. SEMUA ada

Jambatan Tenggelam Di Fort de Roovere

Semasa abad ke-17, satu benteng @ kubu telah dibina di kawasan West Brabant Water Line (Barat Belanda) untuk memberi perlindungan daripada pencerobohan daripada tentera Perancis dan Sepanyol. Fort de Roovere dikelilingi oleh parit berlumpur yang terlalu dalam untuk dilalui oleh tentera.

Baru-baru ini, Fort de Roovere telah dibuka kepada pelancong dan menariknya di situ adalah sebuah jambatan yang dibina bukan seperti jambatan biasa tetapi sedikit tenggelam ke dalam air. Projek ini telah dianugerahkan dengan anugerah BNA Building of the Year 2011 oleh Kesatuan Arkitek Belanda.












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...