Saturday, December 3, 2011

Lelaki Mati Kerana Menonton Filem Lucah



Seorang lelaki muda yang mengalami masalah jantung meninggal dunia ketika menonton sebuah filem lucah di Britain.
Lelaki berkenaan, Chris Nicholls, 23, terjatuh dengan tiba-tiba sebaik sahaja menonton filem lucah di bilik tidurnya.

Dia dilaporkan meninggal dunia akibat jantung terhenti beberapa minggu selepas menjalani pembedahan jantung terbuka.
Mayat Nicholls ditemui oleh ibunya, Clare di rumah keluarga di Redhill, Surrey.

Ketika siasatan inkues kematian Nicholls, ibunya menyoal pakar patologi,
Dr Mary Sheppard yang memeriksa selepas kematian lelaki itu sama ada serangan jantung boleh menyerang apabila menonton filem.
Nicholls dilahirkan dengan kecacatan kongenital jantung di mana ia tidak boleh diubati sepenuhnya.

Friday, December 2, 2011

Foto Real Suasana Geng Yakuza. [Mafia Jepun]





Yakuza Dalam Bahasa Jepun Atau Gokudo Adalah Nama Daripada Sindiket Terorganisasi Di Jepun. Sering Digelar Mafia Jepun Kerana Ada Persamaan Dengan Bentuk Organisasi Mafia Itali.





Fotografer Anton Kusters Merupakan Fotografer Yang Paling Berani Mendekati Golongan Yakuza Ini.



Anton Kusters Dengan Berani Menghabiskan Waktu 2 Tahun Untuk Memotret Keadaan Geng Yakuza, Geng Jepun Yang Paling Terkenal Dan Mengerikan Di jepun.
Anton Kusters Kembali Dengan Beberapa Gambar Yang Mengagumkan Dan Menerbitkan Sebuah Buku Berjudul "Odo Yakuza Tokyo." Odo Bererti "Sakura Mekar" Dan Merupakan Lambang Dari Keluarga Geng Yakuza.








Dalam Laman Web Rasminya, Anton Kusters Menceritakan Kisah Dramatiknya Tentang Bagaimana Dia Memperoleh Akses Untuk Memotret Geng Yakuza Yang Begitu Mengagumkan Dan Mengerikan. Sebelumnya Anton Kusters Perlu Merancang Berbulan - Bulan Dulu Agar Diizinkan Untuk Merapati Geng Yakuza. Dan Hingga Akhirnya Ketua Geng Yakuza Mengizinkan Anton Untuk Merapati Kumpulan Yakuza. Salah Satu Quote Dari Buku Anton - Penari bogel, Tatu Dan Peti Mati. Ia Adalah Sebuah Foto Yang Membawa Kami Ke Dalam Kegilaan Dan Kekejaman Dunia Geng Yakuza.

Berikut Adalah Foto Yang Diambil Anton Kusters :


Salah Seorang Ketua Tertinggi Geng Yakuza.









Bilik Paling Rahsia Geng Yakuza.









Tidak Ada Sesiapa Pernah Mengambil Gambar Geng Yakuza Sebegini Dekat, Kecuali Anton.






Anton Menyaksikan Sendiri Mereka Yang Dibunuh & Terbunuh.



Menyaksikan Dengan Mata Sendiri Kehidupan Malam Geng Yakuza.






Tidak Pernah Mereka Dibenarkan Melihat Tatu Geng Yakuza.













Setiap Yang Melakukan Kesalahan Perlu Memotong Sendiri Jari Mereka Untuk Meminta Maaf.


Tidak Ada Yang Dapat Terlepas.








Tuesday, November 22, 2011

Presiden FAM kurnia ganjaran RM900,000



KEJAYAAN mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan Sea di Indonesia malam kelmarin membolehkan skuad bawah 23 tahun negara kendalian Ong Kim Swee dikurniakan RM900,000.

Ganjaran hampir mencecah satu juta ringgit itu adalah kurniaan peribadi Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah yang jelas gembira dengan kejayaan barisan pemain negara menewaskan Indonesia dalam aksi final sekali gus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2009.


“Setiap pemain (20 orang) dan pegawai pasukan (10 orang) menerima RM30,000 menerusi sumbangan peribadi Tuanku Presiden yang turut bertemu pemain semalam (malam kelmarin),” kata pengurus skuad Sukan Sea negara, Datuk Hamidin Mohd Amin, petang semalam.

Walaupun terpaksa menggunakan kereta perisai ‘barracuda’, barisan pemain negara dilapor mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Sultan Ahmad Shah di hotel penginapan Presiden FAM itu di Jakarta selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti dengan kedudukan terikat 1-1 tamat masa tambahan.


Ganjaran awal terbabit dilihat sebagai pembakar semangat bagi pemain muda negara bertemu Syria dalam perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 bertemu Syria malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil diikuti Bahrain pada Ahad.


Malah ganjaran lain turut menanti mereka dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan badan induk bola sepak negara itu masih mengkaji habuan buat skuad kendalian Kim Swee yang tidak tewas sepanjang saingan temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Selain itu, skuad Olimpik negara juga dijadual menjalani latihan di Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan bulan depan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab elit negara itu.

Wednesday, November 16, 2011

Ahli Genki 7 Akan Dipanggil Semula



IPOH – Seramai 33 pelajar tingkatan lima yang terlibat dalam rekrut ahli baru kumpulan Genki 7 Malaysia di sebuah resort dekat Teluk Batik, Lumut, Sabtu lalu, akan dipanggil semula untuk melengkapkan siasatan polis selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mereka adalah sebahagian dari 180 individu yang ditahan selepas menghadiri perhimpunan itu menerusi jemputan melalui laman sosial.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif sebenar perhimpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak didaftarkan itu selain tidak mempunyai permit polis.

“Mereka (pelajar) dibebaskan dengan budi bicara untuk beri peluang menduduki peperiksaan. Namun, polis akan mengesan mereka kembali bersama keluarga untuk teruskan siasatan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, tiga penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan akan dilaporkan ke ketua jabatan masing-masing untuk tindakan disiplin.

“Kumpulan berkenaan diketuai seorang lelaki berusia 40-an dan mereka pernah menganjurkan perhimpunan sama di Tapah pada Oktober lalu dan polis menahan 107 individu,” katanya.

Katanya, remaja turut diingatkan tidak terpedaya dengan jemputan dari laman sosial bagi mengelakkan mereka terlibat dalam perjumpaan yang menyalahi undang-undang.

Sementara itu, beliau berkata, polis mencari tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes bunuh warga Pakistan yang dipercayai dipukul di Pulau Pinang sebelum di humban dari jambatan di KM 8.9, Jalan Gerik, Kupang, Gerik, 17 Oktober lalu.

Mohd Shukri berkata, satu pasukan dibentuk dan berjaya menahan tiga warga tempatan dan dua warga asing berusia 30-an sekitar Kulim dan Sungai Petani, Kedah, minggu lalu.

“Mereka yang dicari bagi membantu siasatan ini ialah Nijali Pakker Mohammad@Zali yang mempunyai dua alamat terakhir iaitu di kuaters Hospital Baling dan Taman Cengal Jaya, Sungai Petani, kedah. Dia memegang kad pengenalan 751009-02-5851. Manakala Mohamad Sukri Shake Husin@Sukri@Zam, memegang kad pengenalan 830806-02-5657, alamat terakhir di Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah.

Buku Bertemu Ruas! Gangster Cina Dipukul Oleh Sekumpulan Rakyat Yang Tidak Puashati!


16/11/11-Kepong : Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Syarikat gores dan menang telah ditumpaskan kerana sewenang-wenangnya menipu pengguna. Oleh kerana berleluasanya aktiviti mereka, kebanyakan mangsa sudah puas bersabar. Kemungkinan mangsa adalah ‘ahli keluarga gangster’.

Agaknya inilah yang berlaku apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama aktivis Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) pergi ke tempat kejadian untuk berbincang dan membuat tuntutan pengguna yang ditipu `menyaksikan satu pergaduhan.

Diharapkan, selepas ini tiada lagi mangsa akan terpedaya dengan kumpulan mereka ini.




















Kepada pengguna semua, beringatlah sembelum nak masuk mana-mana pertandingan gore dan menang ni dan jauhilah dari Ah Long! Padan muka mereka yang kena belasah ni, jangan ingat korang je Gangster ok, ada lagi gangster yang lebih besar tapi tarak bising punya!

Tuesday, November 15, 2011

Remaja 15 Tahun Terlanjur 20 Kali



PETALING JAYA: Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.

Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.

Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.

“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.

“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.

Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.

“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.

“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu.

Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Monday, November 14, 2011

Azwan Ali Dakwa Ummi Hafilda Bomohkan Ibu Sendiri!

Azwan Ali dakwa Ummi Hafilda bomohkan ibu sendiri!

KISAH Ummi Hafilda yang gemar mencetuskan kontroversi dalam dunia politik kali ini timbul lagi dengan kontroversi baru.

Kalau sebelum ini Ummi Hafilda heboh dikaitkan dengan dakwaan skandal seksnya bersama Beginda Minda, kali ini salah seorang adik beradiknya yang juga pengacara dan pelakon terkenal mendedahkan satu lagi kontroversi berkenaan dirinya.

Azwan Ali di laman mikroblogging Twitter mendedahkan bahawa Ummi Hafilda telah membomohkan ibunya sendiri. Difahamkan Ummi didakwa berbuat demikian supaya ibunya menjadi taksub kepadanya.



Apabila ditanya oleh salah seorang rakan di Twitter beliau, Azwan Ali memberikan "hint" dengan merujuk Ummi Hafilda sebagai "Betina Neraka"malah menyatakan bahawa Ummi Hafilda telah menyebabkan negara huru hara.



Azwan Ali turut mengesahkan lagi dakwaan itu apabila salah seorang rakan Twitter mengajukan soalan "UH (Ummi Hafilda) ke?"Azwan menjawab
"Betina Neraka satu dunia tahu"

Peperiksaan Diadakan Di Kawasan Lapang Elak Peniruan

Akibat terlalu banyak kes penipuan dalam peperiksaan di sebuah sekolah di Whuhan->China, guru-guru membuat pembaharuan dengan peperiksaan diadakan di padang permainan sekolah sebagai usaha untuk menggagalkan cubaan menipu.

Kanak-kanak duduk berjauhan antara satu sama lain dengan jarak lebih semeter supaya tidak mudah menghulurkan kertas satu sama lain dan guru membuat rondaan di antara meja mereka manakala penyelia yang diletakkan di atas tanah tinggi menjadi pemerhati bagi pergerakan yang mencurigakan.

"Dalam kawasan taman permainan terdapat lebih banyak ruang dan murid tidak boleh menghulurkan dan sampai ke meja murid lain atau membisikkan jawapan kepada rakan," kata seorang pegawai sekolah.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...