Friday, September 21, 2012

Maxis mula menjual Nano Sim Kad

Jika anda merancang untuk membeli iPhone 5 sebelum pelancarannya di Malaysia pada penghujung bulan hadapan, anda tidak perlu risau lagi mengenai nano sim baru yang digunakan pada iPhone 5 kerana Maxis akan mula menjualnya pada 24 September ini, hari Isnin.


Maxis berkata mereka adalah telko pertama di Malaysia yang memperkenalkan nano sim. Jadi, jika anda membeli iPhone 5 awal dari Lowyat, Singapore, Jepun, Australia dan ingin menggunakannya di Malaysia, anda hanya perlu pergi ke Maxis Center terpilih untuk menukar sim anda kepada nano sim pada harga Rm 25.00.

Maxis Center yang akan mula menjual nano sim pada 24 September adalah :

*Maxis KLCC

*Maxis Taman Tun Dr. Ismail

*Maxis The Gardens

*Maxis Sunway Pyramid

*Maxis Queensbay Mall Penang

*Maxis Danga Bay Johor

Lain-lain Maxis Center seluruh negara akan mula menjual nano sim pada hujung bulan ini.
Nano sim yang lebih kecil daripada mikro sim mempunyai ukuran 12.3×8.8mm dan mempunyai ketebalan hanya 0.7mm. Nano sim adalah 30% lebih kecil dan 15% lebih nipis berbanding mikro sim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...