Friday, September 21, 2012

Maxis mula menjual Nano Sim Kad

Jika anda merancang untuk membeli iPhone 5 sebelum pelancarannya di Malaysia pada penghujung bulan hadapan, anda tidak perlu risau lagi mengenai nano sim baru yang digunakan pada iPhone 5 kerana Maxis akan mula menjualnya pada 24 September ini, hari Isnin.


Maxis berkata mereka adalah telko pertama di Malaysia yang memperkenalkan nano sim. Jadi, jika anda membeli iPhone 5 awal dari Lowyat, Singapore, Jepun, Australia dan ingin menggunakannya di Malaysia, anda hanya perlu pergi ke Maxis Center terpilih untuk menukar sim anda kepada nano sim pada harga Rm 25.00.

Maxis Center yang akan mula menjual nano sim pada 24 September adalah :

*Maxis KLCC

*Maxis Taman Tun Dr. Ismail

*Maxis The Gardens

*Maxis Sunway Pyramid

*Maxis Queensbay Mall Penang

*Maxis Danga Bay Johor

Lain-lain Maxis Center seluruh negara akan mula menjual nano sim pada hujung bulan ini.
Nano sim yang lebih kecil daripada mikro sim mempunyai ukuran 12.3×8.8mm dan mempunyai ketebalan hanya 0.7mm. Nano sim adalah 30% lebih kecil dan 15% lebih nipis berbanding mikro sim.

Cara-Cara Setting PDProxy

Cara-cara memasang PD-Proxy pada pc atau laptop anda.

1.Pertama sekali anda download PD-Proxy client disini. Download

2.Apabila proses download selesai, buka fail dan extract ke desktop atau kemana sahaja direktori yang anda suka.


3.Masuk ke folder yang kamu extract tadi dan "right click" pada icon bernama PD-Proxy.exe run pilih "run as administrator".


4.Selepas itu client PD-Proxy akan terbuka dan kamu masukkan Username dan Password kamu,pilih server atau pelayan yang anda mahu gunakan seperti pelayan US, UK, German, Nedherland. Untuktrial/percubaan akaun anda hanya dapat menggunakan 1 server iaitu Demo-Server yang kemampuannya di hadkan dan pilih protokol yang bersesuaian dengan network anda seperti tcp, udpdan icmp contoh Maxis Broadband pilih "icmp" dan klik connect.


5.Tunggu sementara PD-Proxy bersambung dengan server dan anda akan dapat melihat pada log "successfull connected to server". Ini bermakna anda sudah berjaya menggunakan PD-Proxy dengan jayanya....

Credit to http://pdproxymalaysia.blogspot.com/p/how-to-use.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...