Friday, March 28, 2014

Fakta Mengenai Satelit Malaysia.

Kita melihat banyak negara-negara lain yang mempunyai satelit-satelit tersendiri termasuklah China, Australia dan Thailand. Akan tetapi mesti kita terfikir, di manakah satelit kita. Di sini aku nak terangkan status satelit kita di negara kita yang tercinta ini.

  1. Thailand negara ke-7 yang laporkan satelitnya nampak objek di Lautan Hindi. Sebelum ni China, US, UK, Perancis, Australia & Jepun.
  2. Ops SAR mula cari dari Laut China Selatan. Pastu Laut Andaman, Selat Melaka. Kini tumpu di selatan Lautan Hindi kerana mendapat laporan daripada satelit-satelit tersebut.
  3. Berapa satelit di atas sana? Sejak USSR lancar Sputnik-1 pada 1957, dah 6,578 satelit dilancarkan. Ada satelit negara dan ada milik swasta.
  4. 6,578 satelit dilancar sejak 1957. Cuma 3,700 yg masih orbit keliling bumi. Daripada itu, 1,100 satelit masih aktif dan 2,600 dah tak berfungsi.
  5. Apa fungsi satelit? Berfaedah bantu pelayaran, penerbangan, perhubungan, kajian sains, ramalan cuaca & pertahanan. Ada juga utk pengintipan!
  6. 1,100 satelit masih aktif orbit. Menurut rekod antarabangsa, US 502, Russia 118, China 116. Selebihnya negara-negara lain termasuk Malaysia.
  7. Ops SAR MH370 kini bergantung kepada data & imej satelit negara2 tertentu ke stesen2 pengesan di bumi utk analisa. Mana pergi satelit Malaysia?
  8. Satelit Malaysia yg dah dilancarkan, baik milik Kerajaan Persekutuan mau syarikat swasta (Astro) semuanya 6 buah: Kerajaan 2 & Astro 4
  9. Satelit Malaysia ada 6 di orbit. Milik Kerajaan 2 buah: TiungSAT-1 & RazakSAT. Milik Astro: Measat-1, Measat-2, Measat-3 & Measat-3A.
  10. Astro syarikat swasta. Dah lancar 4 satelit. Mei 2014 ni akan lancar lagi yg ke5..Measat-3B dgn kos RM1.25b. Camna Astro ada lesen satelit?
  11. Astro ni syarikat swasta milik Ananda Krishnan, kroni Mahathir yg luluskan satelit Astro. Kini Ananda Krishnan kayaraya. No.2 di Malaysia.
  12. Kekayaan Ananda Krishnan kini RM11.3b. Terkaya No.2 di Malaysia, No.82 di dunia. Walau miliki 4 satelit, tak leh guna untuk ops SAR MH370.
  13. Bukan salah Ananda Krishnan, 4 satelitnya tak leh pakai utk ops MH370. Kerna satelit2 dia utk pancar signal TV. Untuk bisnes. Buat duit.
  14. Satelit2 Ananda Krishnan kroni Mahathir utk bisnis Astro. Pendapatan Astro suku tahun ke 3 2013 berjumlah RM1.217b. Untung bersih RM123.7j.
  15. Kerajaan Malaysia miliki dua satelit: TiungSAT dan RazakSAT. Apa peranan dlm ops MH370? Jawapannya..menambahkan kemaluan. Memalukan!
  16. Malaysia miliki 6 satelit: K'jaan 2, Astro 4. Thailand cuma miliki 4 tp berjaya kesan 300 objek dlm misi SAR MH370. Satelit Malaysia? Zero!
  17. Apa status satelit Kerajaan dlm ops SAR MH370? Takyah kita persoalkan satelit Ananda Krishnan kerana dia swasta buat duit. Satelit kerajaan?
  18. Hingga ke pagi aku kaji apa fungsi dua satelit Kerajaan Malaysia. TiungSAT dan RazakSAT. Aku baca bagai2 laporan statusnya. Rupanya kantoi!
  19. Pada 10/5/1997 Kerajaan Malaysia menubuhkan Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ASTB) utk tumpuan dlm penyelidikan & pembangunan satelit.
  20. ASTB syarikat milik penuh Kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan. Modal dibenarkan RM50j & modal berbayar RM33.58j. Kabinet lulus.
  21. Aktiviti ASTB milik Kerajaan ni berkembang hingga diberi Geran Kerajaan untuk program satelit negara..TiungSAT & RazakSAT. Akaunnya di audit.
  22. Segala fakta dan info berkenaan ASTB dan status program satelit itu bersumberkan laporan yg dibentang di Parlimen 24/10/2011.
  23. Satelit RazakSAT siap dibina oleh ASTB dgn geran kerajaan berjumlah RM141.78j pada 2005. Ia dilancarkan ke angkasa pada 14/7/2009.
  24. Satelit RazakSAT dilancar 2009 dgn tujuan merakam imej satelit dgn upaya resolusi pengimejan sehingga 2.5m. Ia gagal berfungsi sepenuhnya.
  25. Satelit RazakSAT gagal berfungsi sepenuhnya pd 30/8/2010, iaitu 1 tahun 16 hari dari tarikh pelancarannya pd 14/7/2009. Rugi saja RM141.78j.
  26. Mengikut program, RazakSAT hantar data satelit yg akan diterima stesen bumi Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) di Temerloh, Pahang.
  27. RazakSAT kirim data 1,328 imej yg didapati kabur, tak capai resolusi pengimejan 2.5m. Tak tepati spesikasi. Lalu direjek ARSM. Kes 2010.
  28. Dlm rekabentuk 'Image Receiving & Processing System' (IRPS) untuk satelit RazakSAT, imejnya ditetap dlm jarak ketepatan kurang drp 1 km.
  29. Di orbit, imej drp RazakSAT tersasar dari lokasi yg sepatutnya dicerap. Jarak ketepatan patut kurang drp 1 km. Tapi tersasar hingga 37 km. Contoh tak tepat imej drp satelit RazakSAT begini. Imej yg sepatutnya dicerap Subang, tapi data kirimannya Kuala Selangor. Tersasar jauh.
  30. Satelit RazakSAT alami masalah gagal beroperasi. Ia ditamatkan Disember 2010 tanpa penambahbaikan. Kini terapung2 di orbit takda fungsi.
  31. Berapa ramai rakyat Malaysia tahu negara miliki satelit RazakSAT? Berapa ramai pula yg tahu ia ditamatkan kerana alami masalah teknikal?
  32. Satelit RazakSat | Projek Kerajaan Persekutuan BN. Gagal beroperasi. Rugi lbh RM140 juta. Masih terapung di orbit. Mana Bomoh 1Malaysia?
  33. RazakSAT dilancarkan 14/7/2009 menggunakan roket USA Falcon-1 di Kwajalein Atoll, Pulau Marshalls, Lautan Pasifik.
  34. Satelit RazakSAT | Lancar 2009. Tamat operasi 2010 kerana masalah teknikal. Kini terapung di orbit tanpa fungsi.

Credit : Twitter Abd Malek Hussin. Pertugas di Pej Ketua Pembangkang Parlimen.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...