- Thailand negara ke-7 yang laporkan satelitnya nampak objek di Lautan Hindi. Sebelum ni China, US, UK, Perancis, Australia & Jepun.
- Ops SAR mula cari dari Laut China Selatan. Pastu Laut Andaman, Selat Melaka. Kini tumpu di selatan Lautan Hindi kerana mendapat laporan daripada satelit-satelit tersebut.
- Berapa satelit di atas sana? Sejak USSR lancar Sputnik-1 pada 1957, dah 6,578 satelit dilancarkan. Ada satelit negara dan ada milik swasta.
- 6,578 satelit dilancar sejak 1957. Cuma 3,700 yg masih orbit keliling bumi. Daripada itu, 1,100 satelit masih aktif dan 2,600 dah tak berfungsi.
- Apa fungsi satelit? Berfaedah bantu pelayaran, penerbangan, perhubungan, kajian sains, ramalan cuaca & pertahanan. Ada juga utk pengintipan!
- 1,100 satelit masih aktif orbit. Menurut rekod antarabangsa, US 502, Russia 118, China 116. Selebihnya negara-negara lain termasuk Malaysia.
- Ops SAR MH370 kini bergantung kepada data & imej satelit negara2 tertentu ke stesen2 pengesan di bumi utk analisa. Mana pergi satelit Malaysia?
- Satelit Malaysia yg dah dilancarkan, baik milik Kerajaan Persekutuan mau syarikat swasta (Astro) semuanya 6 buah: Kerajaan 2 & Astro 4
- Satelit Malaysia ada 6 di orbit. Milik Kerajaan 2 buah: TiungSAT-1 & RazakSAT. Milik Astro: Measat-1, Measat-2, Measat-3 & Measat-3A.
- Astro syarikat swasta. Dah lancar 4 satelit. Mei 2014 ni akan lancar lagi yg ke5..Measat-3B dgn kos RM1.25b. Camna Astro ada lesen satelit?
- Astro ni syarikat swasta milik Ananda Krishnan, kroni Mahathir yg luluskan satelit Astro. Kini Ananda Krishnan kayaraya. No.2 di Malaysia.
- Kekayaan Ananda Krishnan kini RM11.3b. Terkaya No.2 di Malaysia, No.82 di dunia. Walau miliki 4 satelit, tak leh guna untuk ops SAR MH370.
- Bukan salah Ananda Krishnan, 4 satelitnya tak leh pakai utk ops MH370. Kerna satelit2 dia utk pancar signal TV. Untuk bisnes. Buat duit.
- Satelit2 Ananda Krishnan kroni Mahathir utk bisnis Astro. Pendapatan Astro suku tahun ke 3 2013 berjumlah RM1.217b. Untung bersih RM123.7j.
- Kerajaan Malaysia miliki dua satelit: TiungSAT dan RazakSAT. Apa peranan dlm ops MH370? Jawapannya..menambahkan kemaluan. Memalukan!
- Malaysia miliki 6 satelit: K'jaan 2, Astro 4. Thailand cuma miliki 4 tp berjaya kesan 300 objek dlm misi SAR MH370. Satelit Malaysia? Zero!
- Apa status satelit Kerajaan dlm ops SAR MH370? Takyah kita persoalkan satelit Ananda Krishnan kerana dia swasta buat duit. Satelit kerajaan?
- Hingga ke pagi aku kaji apa fungsi dua satelit Kerajaan Malaysia. TiungSAT dan RazakSAT. Aku baca bagai2 laporan statusnya. Rupanya kantoi!
- Pada 10/5/1997 Kerajaan Malaysia menubuhkan Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ASTB) utk tumpuan dlm penyelidikan & pembangunan satelit.
- ASTB syarikat milik penuh Kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan. Modal dibenarkan RM50j & modal berbayar RM33.58j. Kabinet lulus.
- Aktiviti ASTB milik Kerajaan ni berkembang hingga diberi Geran Kerajaan untuk program satelit negara..TiungSAT & RazakSAT. Akaunnya di audit.
- Segala fakta dan info berkenaan ASTB dan status program satelit itu bersumberkan laporan yg dibentang di Parlimen 24/10/2011.
- Satelit RazakSAT siap dibina oleh ASTB dgn geran kerajaan berjumlah RM141.78j pada 2005. Ia dilancarkan ke angkasa pada 14/7/2009.
- Satelit RazakSAT dilancar 2009 dgn tujuan merakam imej satelit dgn upaya resolusi pengimejan sehingga 2.5m. Ia gagal berfungsi sepenuhnya.
- Satelit RazakSAT gagal berfungsi sepenuhnya pd 30/8/2010, iaitu 1 tahun 16 hari dari tarikh pelancarannya pd 14/7/2009. Rugi saja RM141.78j.
- Mengikut program, RazakSAT hantar data satelit yg akan diterima stesen bumi Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) di Temerloh, Pahang.
- RazakSAT kirim data 1,328 imej yg didapati kabur, tak capai resolusi pengimejan 2.5m. Tak tepati spesikasi. Lalu direjek ARSM. Kes 2010.
- Dlm rekabentuk 'Image Receiving & Processing System' (IRPS) untuk satelit RazakSAT, imejnya ditetap dlm jarak ketepatan kurang drp 1 km.
- Di orbit, imej drp RazakSAT tersasar dari lokasi yg sepatutnya dicerap. Jarak ketepatan patut kurang drp 1 km. Tapi tersasar hingga 37 km. Contoh tak tepat imej drp satelit RazakSAT begini. Imej yg sepatutnya dicerap Subang, tapi data kirimannya Kuala Selangor. Tersasar jauh.
- Satelit RazakSAT alami masalah gagal beroperasi. Ia ditamatkan Disember 2010 tanpa penambahbaikan. Kini terapung2 di orbit takda fungsi.
- Berapa ramai rakyat Malaysia tahu negara miliki satelit RazakSAT? Berapa ramai pula yg tahu ia ditamatkan kerana alami masalah teknikal?
- Satelit RazakSat | Projek Kerajaan Persekutuan BN. Gagal beroperasi. Rugi lbh RM140 juta. Masih terapung di orbit. Mana Bomoh 1Malaysia?
- RazakSAT dilancarkan 14/7/2009 menggunakan roket USA Falcon-1 di Kwajalein Atoll, Pulau Marshalls, Lautan Pasifik.
- Satelit RazakSAT | Lancar 2009. Tamat operasi 2010 kerana masalah teknikal. Kini terapung di orbit tanpa fungsi.
Credit : Twitter Abd Malek Hussin. Pertugas di Pej Ketua Pembangkang Parlimen.